Telefilem Permintaan Terakhir Abah Di Awesome TV

Telefilem Permintaan Terakhir Abah Di Awesome TV

Saksikan telefilem Permintaan Terakhir Abah pada 10 April 2022, hari Ahad pada jam 10.00 malam menerusi saluran Awesome TV atau boleh tengok secara online di awesometv.my

Telefilem yang disiarkan sempena Ramadan ini merupakan terbitan syarikat produksi Opyglobal Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh 2 orang adik beradik iaitu Opie Zami dan M. Hitlet Zami

Sinopsis Telefilem Permintaan Terakhir Abah

Telefilem Permintaan Terakhir Abah menampilkan barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Hafidzuddin Fazil, Johan As'ari, Jay Iswazir, Hakim Nordin, Nur Atykah, Sue Zahra Zaridah dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang seorang Abah dalam sebuah keluarga yang ingin menyatukan anak-anakanya yang semakin jauh terpisah kerana perbezaan pendapat. 

Dengan itu, Abah tekad untuk membetulkan keadaan dengan membuat permintaan yang pelik kepada anak-anaknya sempena Hari Raya akan datang.

Apakah permintaan yang sehingga mengejutkan anak-anaknya tersebut?

Telefilem Permintaan Terakhir Abah Di Awesome TV

Telefilem Permintaan Terakhir Abah Di Awesome TV

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post