Telefilem Setia Di TV2

Telefilem Setia Di TV2

Saksikan telefilem Setia yang akan menemui penonton pada 18 April 2022, hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan juga tontonan secara online di portal RTMKLIK rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang telah menjalani pengembaraan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Ariz Capital (Production) Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah hebat Feroz Kader.

Sinopsis Telefilem Setia

Antara pelakon yang membarisi telefilem Setia ialah Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Aedy Asyraf dan Wan Sharmila berserta pelakon-pelakon tambahan lain.

Telefilem ini mengisahkan tentang Syakir yang pada awalnya dijual oleh ayahnya sendiri, Nasir dan sepanjang hidupnya tersiksa dengan perbuatan beliau. Ini semua disebabkan adalah kerana ketagihan dadah.

Selepas Syakir pulang ke pangkuan ibunya semula, dia terpaksa pula menunaikan tanggungjawab atas kepatuhan yang dipinta oleh ibunya untuk mencari ayahnya walaupun hatinya sendiri dendam terhadap orang yang menjualnya sebelum ini. Semuanya kerana zaman kanak-kanaknya hancur dek perbuatan ayahnya sendiri.

Telefilem Setia Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post