Telefilem Seutas Tasbih Dari Madu Di TV9

Telefilem Seutas Tasbih Dari Madu Di TV9

Saksikan sebuah telefilem baru bertajuk Seutas Tasbih Dari Madu yang akan bersiaran pada 15 April 2022, hari Jumaat pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di saluran TV9 atau secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Universal Excel Creation Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Feroz Kader.

Sinopsis Telefilem Seutas Tasbih Dari Madu

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Arash Mohamad, Haleeda Mazlin, Aishah Azman, Tyara Danella dan ramai lagi.

BACATelefilem Calon Bini Pak Bilal TV9

Teleflem Seutas Tasbih Dari Madu mengisahkan tentang seorang suami, Mizan (Arash Mohamad) bersama-sama isterinya Rohana (Haleeda Mazlin) yang membenarkan suaminya untuk kahwin lagi iaitu dengan Hani (Aishah Azman) sebagai isteri kedua.

Semasa dalam perkahwinan, Hani sepertinya membenci Rohana tanpa sebab sejak dari bergelar isteri kepada Mizan lagi walaupun sebenarnya Hani dilamar sendiri oleh Rohana.

Bukan itu sahaja, Hani juga telah menuduh Rohana tidak pandai menjaga suami yang sehingga menyebabkan Rohana dimadukan. Apakah yang akan terjadi? Nanti pada pengakhiran jalan cerita ini

Telefilem Seutas Tasbih Dari Madu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post