The Batman 2022 Akan Ditayangkan Di HBO Go Mulai 18 April 2022

The Batman di HBO Go mulai 18 April

Berita baik kepada peminat filem superhero Batman apabila pihak HBO Go telah mengumumkan filem The Batman 2022 akan ditayangkan di platform penstriman tersebut bermula 18 April 2022.

The Batman merupakan filem yang diadaptasi daripada komik DC Legend Entertainment yang sudah dimainkan di pawagam seluruh Malaysia pada bulan Mac yang lalu dan kini ianya Kembali menerusi tayangan di platform penstriman pula.

Filem The Batman dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai watak utama sebagai Bruce Wayne dan juga Batman dan beberapa pelakon seperti Zoe Kravitz (Catwoman), Jeffery Wright (James Gordon), Andy Serkis (Alfred), Colin Farell (Penguin), Pau Dano (The Riddler) dan ramai lagi.

Sinopsis Filem The Batman

Filem yang diarahkan oleh Matt Reeves bersama Peter Graig ini mengisahkan tentang jutawan Bernama Bruce Wayne aka Batman yang telah memburu penjahat selama dua tahun di Gotham City sehinggakan mereka semua ketakutan.

Pastinya di sebalik kejayaan Batman ada individu yang selalu bersamanya membantu dalam setiap kes iaitu Alfred Pennyworth dan juga James Gordon. Kesemua perkara yang dilakukan ini semata untuk membalas dendam terhadap masyarakatnya sendiri di sebuah kota yang korup dan salahguna kuasa, Gotham City.

Konflik bermula apabila seorang pembunuh bersiri kejam yang mensasarkan golongan elit di Gotham City. Batman diminta untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam penyiasatan tersebut, Batman telah bertemu dengan karakter lain iaitu Catwoman dan Penguin dalam usahanya menegakkan keadilan di bandar tersebut.

The Batman di HBO Go mulai 18 April

Jadi jika anda ingin menonton The Batman, anda boleh langgan pelan sebulan RM34.90 atau dengan harga jimat RM69.90 untuk tempoh 3 bulan. Boleh tonton di laman web www.hbogoasia.my atau menerusi aplikasi HBO Go di Play Store atau App Store

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "The Batman 2022 Akan Ditayangkan Di HBO Go Mulai 18 April 2022"