5 Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6th Gen 2021

Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6th Gen 2021

Sebenarnya aku dah beli iPad Mini 6 pada November 2021 yang lalu. Jadi kali ni baru berkesempatan aku nak kongsikan 5 sebab kenapa aku beli produk Apple iaitu sebuah iPad Mini.

Untuk pengetahuan Ipad Mini (6th Generation) diumumkan secara rasmi pada bulan September 2021 dan telah masuk Malaysia pada bulan yang sama juga. Jadi lepas 2 bulan baru aku buat keputusan untuk beli iPad tersebut.

Selain daripada 5 sebab tersebut, sebab utama aku beli adalah untuk self-reward sepanjang tahun tersebut dan juga hadiah sempena Birthday pada bulan September. Dah alang-alang nak beli hadiah, cari benda yang diperlukan dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

5 Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6 2021

Sebelum aku buat keputusan untuk angkat iPad Mini 6 ni, aku ada juga buat research untuk beberapa tablet Android yang berbaloi kalau nak beli. Tapi lepas tengok dah buat comparison, aku buat keputusan untuk dapatkan sesuai yang berbeza selain daripada sistem Android iaitu produk Apple dengan menggunakan iPadOS yang seakan iOS.

Jadi macam tablet Galaxy Tab A8, Galaxy Tab S7, Huawei MatePad dan yang terbaru ketika itu ialah Xiaomi Pad 5 aku dah tak tengok sebaliknya aku research iPad yang berbaloi pula untuk dibeli ketika itu yang mana banyak lagi variasi yang diperkenalkan mengikut keluaran tahunan.

Lepas buat pembacaan, tengok video Youtube aku decide untuk dapatkan sebuah iPad dengan saiz yang kecil sahaja berbanding saiz iPad yang sebenar iaitu iPad Mini. Antara sebab kenapa aku pilih iPad Mini 6 ketika itu adalah kerana produk paling terbaru untuk iPad.

Pada tahun 2022, Apple memperkenalkan iPad Pro dengan cip M1. Kemudian pada tahun 2021, ada 2 iPad dengan variasi saiz yang berbeza iaitu iPad 10.2 dan juga iPad Mini 6. Seperti yang diberitahu sebelum ini, iPad Mini 6 ini diperkenalkan pada September 2021 dan pada November 2021 aku dah beli. Sebab produk baru, jadi aku pilih iPad Mini 6 tersebut.

Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6th Gen 2021

Selain itu, antara sebab lain kenapa aku pilih iPad Mini 6 ketika itu adalah kerana performance yang dibekalkan menerusi sebuah peranti dengan saiz yang kecil pada kelasnya.

Apple telah menawarkan iPad Pro dengan cip M1 yang pertama iaitu sama seperti yang ada pada Macbook pada tahun 2021. Tetapi berbeza untuk variasi iPad 2021 dimana iPad 10.2 hanya menggunakan cip A13 Bionic dan iPad Mini 6 menggunakan cip terbaru A15 Bionic seperti iPhone 13 ketika itu.

Jika buat perbandingan, iPad Mini 6 lagi berkuasa daripada iPad 10.2 ketika itu tetapi kurang power jika dibandingkan dengan iPad Pro yang menggunakan cip M1. Jadi iPad Mini 6 yang aku ada sekarang adalah produk yang berada di tengah-tengah ketika itu.

Dengan itu, pasti tak lag dan lebih lancar apabila melakukan multitasking dalam waktu yang sama. Kadang lag ni buat kita bengang dan melambatkan kerja. Satu hal pula kalau nak kena restart setiap masa kalau peranti tersebut berlaku sesuatu kan.

2 sebab utama diatas tidaklah datang jika peranti tersebut menawarkan harga yang tak masuk akal. Ini kerana iPad Mini 6 ketika itu dijual dengan tanda harga RM2,299 untuk variasi 64GB dan RM2,949 untuk 256GB sahaja. Tidak lebih daripada 3K pun untuk variasi Wifi sahaja. Boleh tengok senarai penuh harga DISINI.

Tetapi kita kena bijak! Aku boleh dapatkan harga yang lebih rendah ketika itu dengan spesifikasi yang aku mahu iaitu dengan beli menerusi Apple Education (UNiDAYS). Buat yang tak tahu, dengan Apple Education, anda boleh dapatkan produk Apple dengan harga diskaun (~RM500 diskaun) iaitu lebih murah jika anda beli di store Apple. Tapi ianya hanya boleh beli secara online dan tiada bayaran ansuran diperkenalkan.

Ketika itu, aku dapat harga RM2,649 untuk sambungan cellular+Wifi (boleh masuk simcard) untuk variasi 64GB bersama Smart Folio (puple) yang berharga RM269 ketika itu. Free delivery yang dihantar terus ke rumah. Bagi aku sangat berbaloi dengan harga tersebut. Lagi pula aku dapat warna aku nak iaitu Starlight.

harga apple education ipad mini 6 2021

Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6th Gen 2021

Sebab keemapat kenapa aku pilih iPad Mini 6 adalah kerana portability atau mudah dibawa kemana-mana. Dengan saiz 8.3" ni ianya senang dan mudah untuk dibawa dan dipegang dengan satu tangan sahaja. Berat pun tak berat sangat. Just nice sahaja.

Sepanjang tempoh aku dah guna dalam 6 bulan ni, aku kerap bawanya bersama kalau bercuti atau jalan jauh. Dia boleh masuk simkad tau, jadi boleh ganti Pixel 4 aku kalau dah bosan dengan skrin kecil. Kalau letak dalam bag pun, dia tak makan ruang yang banyak pun kalau nak dibandingkan dengan iPad 10-inci atau paling besar 12.9".

Sebab terakhir atau sebab kelima kenapa aku beli iPad Mini 6 adalah untuk entertainment iaitu mudah untuk layan Netflix. Sebab mudah dibawa kemana-mana dan ada slot simkad, aku beli dapatkan sambunga internet dimana-mana sahaja. Jadi aku boleh layan media sosial atau striming Netflix dan Youtube pada bila-bila masa sahaja. Inilah tujuan sebenar kenapa aku beli extra peranti iaitu iPad hehe

Bagi aku dengan saiz 8.3" ini, sedap dah nak layan movie selama berjam-jam. Tambahan pula dengan kualiti skrin Liquid Retina dan resolusi 2K, rasanya dah cukup baik untuk merasai pengalaman menonton dengan lebih baik walaupun tak dapat 4K pun. 2K pun dah cukup sangat. Cantik gila kot layan Squid Game, All Of Us Are Dead, Stranger Things 4 dan macam-macam lagi.

Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6th Gen 2021

Extra point untuk iPad Mini 6 ni pula dia dah gunakan port pengecasan Type-C iaitu sama dengan Google Pixel 4 aku. Jadi kalau aku pergi mana-mana tak perlu bawa banyak-banyak charger. Bawa satu sahaja, boleh dapat rapid charging untuk iPad Mini 6 dan smartphone aku.

Setelah 6 bulan penggunaan, aku sangat berpuas hati dengan kualiti yang dijanjikan. Betul la apa yang orang ramai kata, nak beli tablet better go to iPad berbanding tablet-tablet Android yang lain. Kemaskini terbaru yang selalu dibekalkan, tak lag, kamera cantik, smooth, performance laju yang kadang tiada pada tablet yang lain.

Ada juga yang kata, iPad Mini 6 ini adalah iPhone 13 dengan saiz 8" tau. Jadi maksudnya, power la iPad ni. Jadi kalau korang nak dapatkan iPad yang kecil sikit, boleh dapatkan iPad Mini (6th Generation) 2021 sekarang.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post