Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie Di Astro Citra

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie Di Astro Citra

Sempena Syawal, saksikan telefilem Bintang GV Dikejar Zombie yang akan menemui penonton pada 14 Mei 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 dan secara online di Astro Go

Telefilem yang bakal menampilkan lakonan daripada bintang Gegar Vaganza ini merupakan cerita arahan daripada pengarah Jamal Khan dengan hasil penulisan skrip oleh Hafeezul Yob dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie menampilkan barisan bintang GV iaitu Yassin daripada duo SaYa, Bandi Amuk dan Suki Low. Pelakon lain juga terlibat seperti Fauzi Yusoff, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc Syahmie, Iman Aneesa dan ramai lagi.

⏩ Tonton Bintang GV Dikejar Zombie - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang  bintang Gegar Vaganza iaitu Yassin, Suki dan Bandi Amuk yang ingin menuju ke sebuah kampung untuk membuat sebuah persembahan khas hari raya.

Malangnya dalam perjalanan, segalanya berubah apabila 3 bintang GV tersebut dikejar zombie di dalam kampung itu yang berkeliaran. Mampukah mereka menyelamatkan diri?

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie Di Astro Citra

Telefilem Bintang GV Dikejar Zombie Di Astro Citra

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post