Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Secara Online Dan Mesin ATM

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Secara Online Dan Mesin ATM

Untuk membuat pengeluaran duit daripada Tabung Haji (TH), anda boleh lakukan dengan beberapa cara iaitu sama ada secara manual atau boleh dilakukan di rumah sahaja iaitu secara online.

Wang yang ada di dalam akaun Tabung Haji kita, boleh dibawa keluar pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi hanya anda perlulah mengikut saluran serta kaedah yang ditetapkan sahaja.

Cara pertama yang juga merupakan kaedah yang diguna pakai sejak dari dulu lagi iaitu secara manual dimana anda atau pendeposit perlu datang ke mana-mana cawangan Tabung Haji, pergi beratur dan mohon pengeluaran di kaunter.

Dengan kaedah ini, pengeluaran boleh diperoleh pada masa yang sama tetapi perlu menunggu atau beratur. Jadi ianya pastinya mengambil masa dan pastinya ada kos pengangkutan yang perlu ditanggung.

Tetapi kini tidak lagi, ini kerana, anda boleh lakukan pengeluaran duit Tabung Haji dimana-mana pada bila-bila masa sahaja iaitu dilakukan secara online.

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Secara Online

Dengan adanya kaedah ini, anda tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter Tabung Haji dan anda tidak perlu lagi membuang masa menunggu giliran. Kini anda boleh lakukan di hujung jari anda sahaja menggunakan smartphone atau komputer.

Terdapat 2 cara pengeluaran online yang anda boleh lakukan iaitu menerusi perbankan online dan juga pengeluaran terus daripada mesin ATM.

Tetapi sebelum itu, anda perlulah sambungkan (link) akaun Tabung Haji dengan bank yang terpilih iaitu Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB dan Ambank sahaja. Untuk buat sambungan, anda boleh rujuk cara pengaktifan (link) akan TH disini.

Untuk langkah dibawah adalah menggunakan Maybank iaitu transfer menerusi Maybank2u dan juga pengeluaran di mesin ATM Maybank.

CARACara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Transfer Menerusi Maybank2u

Kaedah ini, anda perlu terlebih dahulu transfer duit dalam akaun Tabung Haji ke dalam akaun Maybank anda menggunakan perbankan online Maybank2u. Jika anda sudah link akaun TH dan Maybank, secara automatik akan terpapar akaun Tabung Haji anda dalam Maybank2u.

Transfer Duit Tabung Haji Menerusi Maybank2u

Selesai buat pemindahan, kemudian barulah anda boleh keluarkan duit tersebut menerusi mana-mana mesin ATM. Untuk pengetahuan, setiap transaksi pengeluaran akan dikenakan caj RM1 termasuk caj pemindahan (transfer).

  1. Login Maybank2u anda seperti biasa menggunakan username dan password
  2. Kemudian pada bahagian Tab, pilih "Pay & Transfer" dan pilih "Tabung Haji"
  3. Pada "Transfer From, pilih akaun Tabung Haji" anda dan pada "Transfer To, pilih Other Accounts (within Maybank)" jika anda ingin transfer ke akaun Maybank dan sebagainya
  4. Seterusnya masukkan "nombor akaun", "jumlah" yang ingin dipindahkan dan letakkan reference. Akhir sekali klik "Transfer"
  5. Buat pemindahan seperti biasa sehingga selesai.

Secara terus, duit di dalam akaun Tabung Haji anda kini sudah dipindahkan ke dalam akaun Maybank anda. Jadi bolehlah anda withdraw duit tersebut di mesin ATM.

Keluarkan Duit Tabung Haji Di Mesin ATM

Anda juga boleh keluarkan terus duit dalam akaun Tabung Haji di mesin ATM tanpa perlu pindahkan duit ke akaun Maybank. Juga dikenakan caj RM1 bagi setiap pengeluaran.

Keluarkan Duit Tabung Haji di mesin ATM

Kaedah ini juga memerlukan anda untuk sambungkan akaun TH dengan akaun Maybank anda.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank dan masukkan no pin seperti biasa.
  2. Pada menu utama, pilih "Tabung Haji (TH) / ASNB" dan kemudian pilih "Tabung Haji"
  3. Jadi untuk keluarkan duit, pilih "Pengeluaran Tunai"
  4. Pilih wang segera atau masukkan lain-lain amaun yang anda mahukan. Akhir sekali, jika sudah lengkap, tekan "Ya". Selesai pengeluaran melalui mesin ATM.

Jadi diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda terutamanya bagi mereka yang ingin keluarkan duit dari akaun Tabung Haji tanpa perlu pergi ke kaunter TH. Boleh lakukan secara online dan pengeluaran di mesin ATM.

Kaedah yang sama anda boleh gunakan jika menggunakan Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank atau CIMB.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post