Drama Ada Apa Dengan Saka Di TV9

Drama Ada Apa Dengan Saka Di TV9

Menerusi slot Diandra terbaru, saksikan drama Ada Apa Dengan Saka yang akan menemui penonton bermula 19 Mei 2022, pada setiap hari Khamis pada jam 8.30 malam dengan bersiaran selama dua jam di siaran TV9 dan tontonan online di www.tonton.com.my

Drama 20 episod terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd. ini bersiaran bagi menggantikan 30 Hari Sebelum Raya. Ianya dapat sentuhan daripada pengarah Nazir Jamaluddin dengan penghasilan skrip oleh Farhana Fauri dan MF Kencana.

Sinopsis Drama Ada Apa Dengan Saka

Drama Ada Apa Dengan Saka dibarisi pelakon hebat seperti Syazwan Zulkifly, Shiha Zikir, Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite, Azri Iskandar, Ashraf Muslim, Rahim Omar, Rashid Jaafar dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Madi
  • Shiha Zikir sebagai Aina
  • Myra Natasha sebagai Mira
  • Wanns Ahmad sebagai Atu
  • Dynas Mokhtar sebagai Tiara
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Hambali
  • Ashraf Muslim sebagai Dato Shuk

Ianya mengisahkan tentang Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina yang mana dia boleh melihat benda ghaib.

Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa yang dimilikinya. Aina bertemu dengan Madi di bandar dan mereka jatuh cinta.

Madi bertekad untuk membantu aina pulih dari masalah yang Aina hadapi di samping dalam masa yang sama Aina membantu merungkai masalah yang dihadapi oleh Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib.

Drama Ada Apa Dengan Saka Di TV9

Drama Ada Apa Dengan Saka Di TV9

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post