Drama My Ofis Di iQIYI Malaysia

Drama My Ofis Di iQIYI Malaysia

Saksikan drama komedi terbaru My Ofis yang akan menemui penonton bermula 26 Mei 2022 setiap hari Khamis dan Jumaat pada jam 7.30 malam secara eksklusif di platform penstriman iQIYI www.iq.com dan aplikasi mobile secara percuma.

Sebuah drama dengan konsep terbaru diperkenalkan apabila anda boleh tonton drama dan kemudian imbas serta beli barangan menerusi kod qr yang dipaparkan dan terus dapatkan di laman e-darang Jocom.

Drama My Ofis Di iQIYI Malaysia

Drama 12 episod ini merupakan terbitan Longhouse Films Productions dengan hasil sentuhan daripada dua pengarah iaitu Jacky You dan Eden Wan dengan hasil penulisan skrip oleh Wall Fish.

Sinopsis Drama My Ofis

Drama My Ofis menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada pelbagai bangsa antara yang terlibat ialah Aeril Zafrel, Kahoe Hon, Nasz Sally, Alvin Wong, Phraveen Arikiah, Sherwyn Pang, Pearlly Chua, Kryston Yang dan ramai lagi

  • Aeril Zafrel sebagai KS
  • Kahoe Hon sebagai Jasper
  • Nasz Sally sebagai Jessica
  • Alvin Wong sebagai Paul
  • Phraveen Arikiah sebagai Milo
  • Sherwyn Pang sebagai Lucy

Ianya mengisahkan tentang cabaran seorang pelatih iaitu Jasper seorang anak muda yang bercita-cita ingin menjadi bintang rock, namun terpaksa mengetepikan impian kemasyhuran kumpulan heavy metal-nya demi menjaga neneknya yang sudah berusia dengan memilih untuk menyertai dunia korporat.

Kemudian, Jasper berdepan situasi 'huru-hara' dan pelbagai cabaran di  tempat kerja, krisis percintaan dan cabaran politik pejabat, sambil mendambakan kehidupan popular di atas pentas.

Drama My Ofis Di iQIYI Malaysia

Drama My Ofis Di iQIYI Malaysia

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post