Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023

Sempena Hari Raya Aidilfitri pastinya ramai antara kita ingin memberikan ucapan atau mungkin pantun Hari Raya kepada kenalan dan sanak-saudara sebagai pengganti diri.

BACA : Koleksi Design Kad Raya Untuk Tahun 2023

Ditambah lagi kini kita mempunyai pelbagai platform untuk meluahkan ucapan Hari Raya seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Jadi lebih mudah ucapan itu ingin disampaikan.

Jadi semoga perkongsian senarai ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak idea pada tahun ini.

BACAKoleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha

Dapatkan Kad Raya dengan harga murah ➡ DISINI

Senarai Ucapan Hari Raya Umum

Ucapan 1

SALAM AIDILFITRI
1 Syawal 1443H 

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ucapan 2

Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam Eid Mubarak. Maaf zahir dan batin. ……..& keluarga

Ucapan 3

Semoga Allah menerima amal kami dan anda semua. Semoga sepanjang tahun tahun kalian dalam kebaikan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan batin.

Ucapan 4

Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah laku yang tidak disengajakan. Salam Aidilfitri 2023/ 1444H. Maaf zahir batin

Senarai Pantun Hari Raya

Pantun Raya 1

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Pantun Raya 2

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Sekarang nak hantar kad raya sudah tidak relevan lagi,
Ucapan Whatsapp aje penggganti diri,
Maaf Zahir dan Batin.

Pantun Raya 3

Bila baring terus terlelap,
jangan sampai tidak bangun pagi,
jika ada salah dan silap
jangan simpan di dalam hati

Pantun Raya 4

Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.

#selamathariraya #kosongkosong

Pantun Raya 5

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tidak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Dapatkan Kad Raya dengan harga murah ➡ DISINI

Pantun Raya 6

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

Pantun Raya 7

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan,
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Pantun Raya 8

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Pantun Raya 9

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidil fitri,
WHATSAPP dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Pantun Raya 10

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati;
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

Pantun Raya 11

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Pantun Raya 12

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

Pantun Raya 13

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti;
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.

Pantun Raya 14

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin

Pantun Raya 15

Gema Takbir Memuji Ilahi,
Petanda Bermula Aidilfitri,
SMS Dikirim Pengganti Diri,
Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi,
Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari,
Mohon Ampun Dan Maaf,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Pantun Raya 16

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Pantun Raya 17

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Pantuan Raya 18

Kalau dilipek sebosar kuku,
Kalau dibontang sebosar alam,
Kok hilang dicaghi,
Kok hanyut dipinteh,
Kok tonggolam disolam,
Datang biarla nampak muko,
Kok poei biarla nampak belakang,
Jauh diimbau,dokek digamit.
Seuntai salam,sojambak kato,
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Dapatkan Kad Raya dengan harga murah ➡ DISINI

Pantun Raya 19

Ramadhan telah kita tinggalkan,
hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira,
di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Pantun Raya 20

Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba;
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.

Pantun Raya 21

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

Pantun Raya 22

1 Syawal sudah tiba,
Diraikan dengan sungguh berbeza;
Duit KWSP sudah kita terima,
Gunakanlah dengan sebaik-baiknya.

Pantun Raya 23

Lagu raya Sharifah Aini,
Nyayian indah lagi berseni
Indah sungguh raya ini,
Duit KWSP berguni-guni

Pantun Raya 24

Pergi Bentong beli cuko,
Nasi dagang ikan patin,
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin.

Pantun Raya 25

Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
“Yang indah itu SALING MEMAAFKAN“

Selamat Hari Raya Sahabatku,
Maaf Zahir dan Batin.


Semoga seleksi Ucapan dan Pantun Hari Raya ini bakal memeriahkan lagi Aidilfitri anda untuk tahun ini sebagai pengganti diri kepada orang yang tersayang.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post