Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya Mei 2022

Jadual Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya

Pasukan Bola Sepak negara akan mengharungi 2 Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 yang mana akan berlangsung pada 27 Mei 2022 dan 1 Jun 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

BACA : Keputusan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Harimau Malaya Di FAS Tri-Nations Series 2022

Perlawanan ini bakal menyaksikan Harimau Malaya akan melayan kunjungan pasukan Brunei untuk perlawanan pertama dan pasukan Hong Kong untuk perlawanan kedua.

International Matches ini merupakan persediaan awal yang dibuat oleh Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon bersama-sama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula 8 hingga 14 Jun 2022 kelak.

Senarai Pemain Harimau Malaya Dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1

Melalui kemaskini terbaru daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kim Pan Gon telah menyenaraikan 30 pemain yang menyertai kem latihan berpusat.

Walaubagaimanapun daripada jumlah tersebut, hanya 23 pemain akan didaftarkan dalam senarai pendaftaran akhir bagi menghadapi Pusingah Akhir Kelayakan Piala Asia 2023

Pemain Malaysia di perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1

Dari senarai ini, V. Ruventhiran dan Shahrul Nizam Ros Hasni telah dipanggil melapor diri bagi menggantikan Khair Jefri Jones yang mengalamai kecederaan dan menjadi pemain tambahan bagi melengkapkan senarai 30 pemain.

Jadual & Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya

Jadi untuk kedua-dua perlawanan persahabatan ini, anda boleh datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan di Stadium Bukit Jalil dengan dapatkan tiket perlawanan berharga RM30 dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak secara online di www.tickethotline.com.my

Jika tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau, perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung di kaca tv. Anda boleh saksikan secara live di Astro Arena 801 atau strim secara online di Astro Go dan Sooka.my

Jangan risau untuk peminat bola sepak yang tiada Astro, perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran TV9 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my secara percuma

Berikut merupakan senarai jadual perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 melibatkan pasukan Malaysia bertemu dengan Brunei dan Hong Kong

Malaysia (4) - (0) Brunei

  • Syafiq Ahmad 16'
  • Syamer Kutty Abba 45'
  • Faisal Halim 58'
  • Guilherme de Paula 83' (P) 

Tarikh : 26 Mei 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Tayangan (Live Streaming) : Link 1 | Link 2

--------------------------------------------

Malaysia (2) - (0) Hong Kong

  • Safawi Rasid 31' (P)
  • Safiq Rahim 90'

Tarikh : 1 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Tayangan (Live Streaming) : Link 1 | Link 2 | Link 3 | TV9 | Astro Arena 801

*Kemaskini keputusan bagi setiap perlawanan akan dikemaskini selepas tamat atau habis perlawanan.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post