Telefilem Pulut Kuning Sushi Salmon Di TV2

Telefilem Pulut Kuning Sushi Salmon Di TV2

Sempena Syawal, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan telefilem Raya berjudul Pulut Kuning Sushi Salmon yang akan bersiaran pada hari Raya Kedua, 3 Mei 2022, Selasa pada jam 9.00 malam di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan dua syarikat produksi iaitu antara Qaisworks dan DATU Entertainment serta ianya diarahkan oleh pengarah Sasya Kamarudin.

Sinopsis Telefilem Pulut Kuning Sushi Salmon

Telefilem Pulut Kuning Sushi Salmon menampilkan barisan pelakon seperti Hazman Al-Idrus, Atikah Suhaimi, Mubarak Majid, Jesse Lim dan ramai lagi

Ianya mengisahkan tentang seorang bekas guru Sejarah, Pak Adnan dan seorang anak perempuan, Adriana. Adriana telah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Jepun bernama, Takashi. 

Takashi membawa ayahnya, En.Yamashita ke Malaysia untuk menyambut Aidilfitri. Sejak itu, Pak Adnan dan En.Yamashita sering bertelagah kerana perbezaan pendapat.

Telefilem Pulut Kuning Sushi Salmon Di TV2

Telefilem Pulut Kuning Sushi Salmon Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post