Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021

Akhirnya Anugerah MeleTOP ERA 2022 telah berjaya diadakan selepas hampir 4 bulan tertunda akibat pandemik sebelum ini. Dalam pada itu, senarai pemenang juga berjaya diumumkan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Malam AME2021 telah berlangsung pada 29 Mei 2022, hari Ahad yang dibawakan daripada Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria 104 dan strim secara online di Astro Go.

⏩ Tonton Anugerah MeleTOP ERA 2021 - Link 1 | Link 2 | Link 3

Selain tagline yang diperkenalkan #YangFreshYangLegend menjadi tagline pada anugerah kali ini, pihak Astro Go juga memperkenalkan tagline tambahan iaitu #TetibaAME2021. Manakan tidak selepas tertunda dengan lama, tiba-tiba sahaja diumumkan tarikh baru bagi acara tersebut yang mana sama seperti bulan Syawal pada tahun ini dimana tiba-tiba je Raya.

Kali ini, Anugerah MeleTOP ERA 2021 membawakan 3 pengacara hebat yang tidak asing lagi iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad bagi mengemudi dan menghangatkan lagi malam gala tersebut supaya acara menjadi lebih meriah.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak persembahan istimewa yang dibawakan sepanjang rancangan. Ada Wany Hasrita, De Fam, Dolla, Dato' Sri Siti Nurhaliza, Search, Han Byul, Yonnyboii, Zynakal, MK K-Clique dan ramai lagi.

Manakala bagi barisan penyampai anugerah terdiri daripada pasangan pengantin baru, Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Ada juga daripada Dato Sri Vida, Catriana Ros, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.

Senarai Pemenang Di Anugerah MeleTOP ERA 2021

Pada malam tersebut, telah diumumkan senarai pemenang bagi 16 kategori yang dipertandingkan disamping 3 anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP Lelaki, Wanita dan Grup/Duo.

Berikut merupakan senarai pemenang

Artis Versatil MeleTOP
Shiha Zikir

Artis Baharu MeleTOP
Dini Schatzmann

Si Cilik MeleTOP
Ariana Aubrey & Karl Kareef

Influencer MeleTOP
Dr Say

Couple MeleTOP
Emma Maembong & Muhammad Shazli

Program MeleTOP
Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar

Personaliti TV MeleTOP
Jihan Muse

Video MeleTOP
Canggung - Wany Hasrita

Anugerah Legend MeleTOP (Khas)
Hamid Gurkha

Anugerah Legend Muzik MeleTOP (Khas)
Roslan Aziz

Anugerah Khas MeleTOP 2021
Datuk Hj Aznil Nawawi

Penyanyi MeleTOP ERA
Khai Bahar

Pelakon MeleTOP
Fasha Sandha

Lagu MeleTOP ERA
AEWO - Shiha Zikir ft Noki

Grup/Duo MeleTOP ERA
Shiha Zikir, Noki

Drama MeleTOP
Kampong Pisang Bersiri-Siri

Filem MeleTOP
Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem MeleTOP
Shiha Zikir - Hantu Bonceng 2.0

BBNU MeleTOP
Alyssa Dezek

TOP TOP MeleTOP (Lelaki)
Khai Bahar

TOP TOP MeleTOP (Wanita)
Shiha Zikir

TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo)
Dolla


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post