Telefilem Jangan Malu Menangis Di TV9

Telefilem Jangan Malu Menangis Di TV9

Sempena Aidilfitri, saksikan telefilem Jangan Malu Menangis yang akan menemui peminat pada hari Raya Pertama, 2 Mei 2022, hari Isnin pada jam 9.30 malam yang akan bersiaran di TV9 dan secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi milik pelakon utama iaitu Rosyam Nor daripada Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh pengarah Amie Maziah dengan hasil nukilan skrip oleh Nieza Nahar.

Sinopsis Telefilem Jangan Malu Menangis

Telefilem Raya Jangan Malu Menangis ini menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Ramlee iaitu seorang bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati.

Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia.

Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih.

Telefilem Jangan Malu Menangis Di TV9

Telefilem Jangan Malu Menangis Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post