Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Sempena Aidilfitri, saksikan telefilem Rasa 3 Rasa yang akan menemui penonton pada hari Raya Pertama, 2 Mei 2022, hari Isnin pada jam 10.30 malam di RTM TV2 atau tontonan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Sulalatus Salatin Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Eoon Shuhaini dengan hasil penulisan skrip oleh Tommy Loh.

Sinopsis Telefilem Raya 3 Rasa

Telefilem Raya 3 Rasa ini menampilkan barisan pelakon seperti Abd Mahmood, Alif Hadi, Saiful Wazien, Yuyun Hikmah, Aisar Khalid, Habiel Lutfillah, Adam D, Iskandar Zulkarnain, Dhia Arissa dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang tiga sahabat baik bernama Meon, Kamal, Zaid (25 tahun) yang bertemu semula di kampung halaman bagi menyambut kedatangan Syawal.

Kali terakhir mereka bertemu satu ketika dahulu, hubungan Kamal dan Zaid berantakkan kerana salah faham yang berlaku. Meon mengambil kesempatan itu untuk merapatkan semula silaturahim dengan mempelawa Kamal dan Zaid datang ke rumahnya.

Meon berkongsi semula semua kenangan suka dan duka mereka menyambut Hari Raya Adlfitri dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam remaja dan dewasa. Pengalaman itu juga akhirnya mendedahkan punca sebenar salah faham yang berlaku di antara dua orang sahabat baik ini.

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

Telefilem Raya 3 Rasa Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post