Telefilem #SiapCepat Di TV2

Telefilem #SiapCepat Di TV2

Sempena Syawal, RTM bawakan sekali lagi telefilem #SiapCepat yang akan menemui penonton pada hari Raya Kelima, 6 Mei 2022, hari Jumaat pada jam 9.00 malam di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Idora Abdul Rahman

Sinopsis Telefilem #SiapCepat

Telefilem Siap Cepat melibatkan ramai pelakon seperti Husna Mustaffa, Isyariana, Rubini Rubi, PU Azmin, Ieda Moin, Chiwan Chilok, Adam Malek dan ramai lagi.

Telefilem ini membawa kisah kemasyarakatan yang memaparkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

Ianya mengisahkan tentang Syikin, Mona dan Angelina yang menjalankan perniagaan menjahit baju, namun disebabkan ketamakan, banyak baju pelanggan tidak dapat disiapkan sehingga mereka menjadi tular.

Telefilem #SiapCepat Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post