Cara Buat NGL Link Di Instagram Stories Yang Kini Tengah Viral

Cara Buat NGL Link Yang Viral Di Instagram Stories

Sekarang ni nampaknya tengah viral terutamanya pengguna Instagram di Malaysia menggunakan satu aplikasi iaitu NGL Link yang mana pengguna akan kongsikan perkara tersebut di Instagram Stories.

Melalui pautan tersebut, sesiapa sahaja boleh tayakan atau beri pendapat terhadap anda tanpa mengetahui siapakah yang bertanya tersebut. Terserah juga kepada anda, nak jawab persoalan itu ataupun tidak. Sebab tu ianya dinamakan NGL: anonymous q&a.

Jadi kebanyakkan pengguna akan jawab persoalan yang ditanyakan dan seterusnya akan dikongsikan atau share ke Instagram Stories bagi tatapan atau bacaan followers lain.

⏩ Dapatkan Followers Sebenar Dengan Mudah Disini

Sebenarnya trend atau aplikasi 'anonymous' ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini seperti Omegle, Sayat.me, Askfm, couriouscat dan banyak lagi. Kini timbul lagi satu aplikasi iaitu NGL yang juga bermaksud 'Not Gonna Lie'

Cara Buat NGL Link Di Instagram Stories

Jadi sekiranya anda masih belum gunakannya, anda boleh sahaja ikuti langkah-langkah dibawah untuk ketahui cara membuat NGL Link dan boleh post di Instagram Stories anda tersebut

  1. Terlebih dahulu downlod aplikasi NGL: anonymous q&a di Play Store atau App Store secara percuma
  2. Kemudian klik pada Get Questions! dan masukkan "usernama Instagram" anda dan klik Done!
  3. Seterusnya anda boleh boleh share NGL Link tersebut di Instagram Stories dengan hanya klik pada Share!
  4. Copy link terlebih dahulu dan kemudian klik Next Step sehinggalah akhir dan klik Share on Instagram!
  5. Akan dibawa terus ke Instagram Stories anda masukkan link NGL anda tersebut seperti biasa
  6. Jadi followers atau rakan anda boleh tanyakan soalan apabila mereka klik link tersebut
  7. Kemudian bolehlah anda kongsikan jawapan di kemudiannya

Mungkin anda akan dapat pelbagai soalan yang melucukan dan mungkin juga sebaliknya. Kita tak tahu siapakah yang tanyakan soalan tersebut. Mungkin baik dan tidak baik.

Jadi berhati-hatilah. Mental kena kuat lagi-lagi kalau dapat soalan-soalan toxic yang pastinya ianya datang dari followers anda sendiri.

p/s: Aku malaslah buat, sebab takda orang nak tanya pun...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post