Cara Semak Dividen Coopbank Pertama (CBP) Untuk Tahun 2023

Cara Semak Dividen Co-opbank Pertama

Ramai yang bagi tahu kalau nak buat pelaburan jangan letak dalam satu tempat sahaja, tapi kena pelbagaikan atau diversify investment tersebut dan salah satu tempat pelaburan aku adalah di Co-opbank Pertama (CBP) yang juga memberikan pulangan dividen setiap tahun.

Jadi dalam perkongsian ini, aku bukanlah nak kongsikan berkaitan ilmu pelaburan, sebab aku bukanlah orang yang layak. Aku just nak share tentang Co-opbank Pertama yang mana cara mudah untuk anda semak dividen yang anda peroleh setiap tahun.

Apa Itu Co-opbank Pertama (CBP)

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 yang dikawalselia bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh shariah dan mempunyai 29 buah cawangan di seluruh negara. Antaranya ialah Pembiayaan, Deposit, Ar-rahnu, Takaful dan Wasiat.

Aku tak gunakan produk mereka pun, aku daftar jadi ahli keanggotaan Co-opbank Pertama dan miliki beberapa syer sahaja. Jadi kalau korang berminat, boleh pergi daftar dimana-mana cawangan seluruh Malaysia.

Kadar Dividen Tahun 2021

Co-opbank Pertama telah mengumumkan dividen bagi tahu kewangan berakhir 31 Disember 2022 iaitu 6.30% untuk Saham Biasa dan 6.88% untuk IRCPS

Berikut merupakan kadar Dividen Syer Biasa

  • Tahun 2018 - 7%
  • Tahun 2019 - 5.50%
  • Tahun 2020 - 6%
  • Tahun 2021 - 6.10%
  • Tahun 2023 - 6.30%

Cara Semak Dividen Co-opbank Pertama (CBP)

Bagi yang sudah ada jadi ahli Co-opbank Pertama dan sudah memiliki syer, anda boleh semak bayaran dividen yang telah dibuat secara online seperti dibawah

  1. Pergi ke laman web Dividen CBP di dividen.cbp.com.my kemudian masukkan "No. Mykad" dan klik Semak
  2. Kemudian masukkan "No. Telefon" yang telah didaftarkan dan klik Semak
  3. Klik pada "Hantar SMS" dan akan akan menerima "No. Pin" dan masukkan pada ruang yang disediakan dan klik Semak
  4. Akhir sekali, klik View Notis Ordinary.
  5. Akan terpapar baki modal (RM) syer anggota dan kadar dividen (%) untuk tahun kewangan sebelumnya berserta nilai dividen (RM) yang telah dikreditkan.

Cara Semak Dividen Co-opbank Pertama

Jadi lepas ni tak perlu lagi datang ke cawangan untuk tahun nilai dividen yang diperoleh. Anda boleh semak sendiri sahaja secara online seperti panduan di atas.

Selain itu, anda juga boleh buat semakan dividen menerusi aplikasi Co-Opbank Pertama atau pergi terus ke laman web e-semakan.cbp.com.my

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Cara Semak Dividen Coopbank Pertama (CBP) Untuk Tahun 2023"