Drama She Was Pretty Malaysia Di Viu

Drama She Was Pretty Malaysia Di Viu

Drama siri Viu Original berjudul She Was Pretty (Malaysia) akan menemui penonton bermulai 23 Jun 2022, setiap hari Khamis secara ekslusif hanya di platform penstriman Viu di www.viu.com/my atau di aplikasi mobile.

Siri 16 episod ini merupakan remake atau diinspirasikan daripada drama terkenal Korea 'She Was Pretty'. Kini untuk versi Malaysia diterbitkan oleh Independent Pictures, diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dengan garapan skrip daripada Rafidah Abdullah.

OST Drama

Tajuk Lagu : Bintang
Penyanyi : Amylea

Sinopsis She Was Pretty Malaysia

Drama siri She Was Pretty Malaysia menampilkan barisan pelakon ternama seperti Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle, Alvin Chong, Daniella Sya, Yasmin Hani, Asha Merican, Shah Kimin, Adam Malek, Amelina, Arena Wan dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff
  • Diana Danielle sebagai Nadia
  • Daniella Sya sebagai Kejora
  • Alvin Chong sebagai Ashraf
  • Yasmin Hani sebagai Julie
  • Adam Malek sebagai Junad
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri

⏩ Tonton Drama She Was Pretty Malaysia - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Haniff yang memiliki seorang kawan dan telah jatuh hati semasa zaman kanak-kanak iaitu insan bernama Nadia yang merupakan seorang gadis yang manis.

Pada saat mereka berdua kini sudah dewasa, selepas 15 tahun, Haniff ingin bertemu kembali dengan Nadia, tetapi Nadia berasa malu dengan penampilannya kerana dia kini sudah tidak semanis dan secantik dahulu.

Disebabkan itu, Nadia meminta kawan baiknya, Kejora berlakon sebagainya untuk bertemu kawan lamanya tersebut, Haniff selepas sekian lama terpisah.

Apa yang bermulanya sebagai satu penipuan kecil menjadi besar apabila Nadia mendapati Haniff ialah bosnya di majalah fesyen di mana dia bekerja (The Most). Nadia bergelut untuk mengekalkan rahsia identitinya, walaupun perasaan cinta dahulunya mula timbul semula. Dia juga menemui seorang rakan rapat di tempat kerjanya, Ashraf yang mula jatuh cinta dengannya.

Sementara itu, Kejora yang disuruh menipu oleh Nadia secara tidak sengaja mula jatuh cinta dengan Haniff. Pergelutan antara cinta dan persahabatan mula timbul untuk Nadia dan Kejora, tapi yang mana satu menjadi pilihan mereka... dan siapa pula pilihan muktamad Haniff?

Drama She Was Pretty Malaysia Di Viu

Drama She Was Pretty Malaysia Di Viu

Drama She Was Pretty Malaysia Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post