Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

Youtuber terkenal kembali lagi dengan sebuah naskah supertele filem terbaru bertajuk 35mm yang akan menemui penonton bermula 21 Jun 2022 (Khamis) menerusi pawagam rumah anda di Astro First. Anda boleh sewa dengan harga RM15 di saluran 480 atau di Astro Go.

Syahmi Sazli sebelum ini bermula dengan filem Mail Totey dan kali ini kembali dengan idea baru dan bekerjasama dengan Seni Bayan sebagai pengarah bagi menghasilkan karya terbaru ini terbitan Nineflix Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Filem 35mm

35mm membawa maksud 3 pemuda, 5 zaman, m-merentas, m-masa menampilkan barisan pelakon seperti Syahmi Sazli, Yoh Paree, Arif Suhaimi, Hushairi Husain, Kenji Sawahii, Yaakob Abd Aziz, Poyie Gasi, Emie Sukma, Pokjacks, Wanie Rohaimie, Sai Kamal dan ramai lagi.

⏩ Tonton Filem 35mm - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Syahmi, Asif dan Yoe terperangkap dalam beberapa era berbeza selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang mereka lawati ialah zaman Dinasti Cina, zaman Penjajahan Jepun, zaman Pemerintahan British dan tahun 90-an.

Mereka menghadapi kesukaran semasa cuba melarikan diri dari setiap tempoh. Apabila mereka berada pada tahun 1997, Yoe berasa sedih buat kali pertama, bertemu ibu bapanya. Tetapi, mereka mesti kembali ke 2020 walau apa cara sekali pun.

Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

Filem 35mm Di Astro First

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post