Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

Saksikan filem Rompak yang akan menemui penonton mulai 16 Jun 2022, hari Khamis yang akan ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First 480 atau strim di Astro Go. Dimana anda boleh sewa dengan harga RM15.00 untuk tontonan 48 jam secara berulang-ulang.

Rompak merupakan filem NFT (Non-Fungible Token) pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Ianya diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan diterbitkan oleh kerjasama daripada syarikat produksi Instraday dan 4ward Pictures.

OST Filem

Tajuk : Tragis
Artis : Tuju Loca, MK K-Clique & Chubb E
Komposer : Mingaling, Imgkay, Madebyartin, Wolfy, Tuju Loca & Nash 4ward
Lirik : Tuju Loca, MK K-Clique & Chubb E

Sinopsis Filem Rompak

Filem Rompak menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn, Niezam Zaidi, Chubb E, Siti Khadijah Halim dan dengan penampilan istimewa daripada Moshed Mohamad, Nur Amirah, Abu Garcia dan Tira.

  • Zizan Razak sebagai Ashraf
  • Tony Eusoff sebagai Farouk
  • Daiyan Trisha sebagai Nadia
  • MK K-Clique sebagai Daniel
  • Azhar Sulaiman sebagai Pakcik Kassim
  • Ezlynn sebagai Sarah

⏩ Tonton Filem Rompak - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Ashraf yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi telah mempertaruhkan kesemua wang simpanannya dalam satu skim pelaburan cepat kaya tanpa menyedari ianya adalah skim penipuan.

Setelah menyedari dia ditipu, Ashraf mula mencari ketua scammer tersebut iaitu Farouk. Dalam masa yang sama, dia juga turut berkenalan dengan beberapa mangsa scam yang lain senasib dengannya iaitu Daniel, Sarah dan Pakcik Kassim.

Mangsa kemudian dikumpulkan oleh seorang wanita misteri, Nadia yang mengakui pernah bekerja dengan Farouk pada masa lalu, pelaku yang telah menipu mereka. Mereka mula merancang misi. Adakah mereka berjaya dapatkan duit kembali dan membalas dendam terhadap Farouk?

Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

Filem Rompak Di Astro First

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post