Jadual Perlawanan Kedah FC Separuh AKhir Di AFC Cup 2022 Zon Asean

Jadual Perlawanan Kedah Darul Aman FC Di Kejohanan AFC Cup 2022

Kedah Darul Aman FC (KDA) bakal berentap di peringkat Asia dalam kejohanan AFC Cup 2022 bermula 24 Jun hingga 30 Jun 2022 dimana kesemua perlawanan bagi peringkat kumpulan akan berlangsung di Indonesia.

KDA FC yang layak secara merit kerana kejayaan sebagai Naib Juara Liga Super 2021 yang lalu telah diundi dalam Kumpulan G bagi Zon Asean bersama wakil Indonesia, Bali United FC , Kaya FC Ilo Ilo daripada Filipina dan Visakha FC wakil untuk negara Kemboja.

Format pertandingan untuk edisi kali ini adalah secara round robin satu pusingan dimana juara kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya, manakala naib juara terbaik untuk keseluruhan juga akan layak peringkat seterusnya.

Kumpulan G : Bali United FC, Kaya FC Ilo Ilo, Kedah Darul Aman, Visakha FC
Kejohanan : AFC Cup 2022 (Peringkat Kumpulan)
Tarikh : 24 Jun - 30 Jun 2022
Tempat : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kedah Darul Aman FC Di AFC Cup 2022

Selain daripada KDA FC, KL City FC juga satu lagi wakil daripada Malaysia yang layak ke kejohanan AFC Cup 2022 kali ini yang telah diundi dalam Kumpulan H.

Jadi untuk penyokong kelab Kedah Darul Aman FC jika tidak berkesempatan untuk terbang ke Indonesia, anda juga boleh saksikan perlawanan secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena 2 802 dan secara striming di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi elevensports.com dengan yuran langganan serendah RM17.50 sebulan untuk menyaksikan semua perlawanan melibatkan KDA FC dan juga KL City FC.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan melibatkan kumpulan G di AFC Cip 2022 termasuklah daripada paskan Kedah Darul Aman FC.

*Keputusan akan dikemaskini selepas habis perlawanan

24 Jun 2022 (Jumaat)

  • Kaya FC Ilo Ilo (1) - (2) Visakha FC
  • Bali United FC (2) - (0) Kedah Darul Aman FC
    • Ronald Ngah (OG) 47'
    • Muhammad Rahmat 82'

Tarikh : 24 Jun 2022
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Astro Go

27 Jun 2022 (Isnin)

  • Visakha FC (5) - (2) Bali United FC
  • Kedah Darul Aman FC (4) - (1) Kaya FC Ilo Ilo
    • Fayadh Zulkifli 57', 90+3'
    • Mahmoud Al-Mardi 63'
    • Ngah Wanja 83'
    • J. A. Gayoso 86'

Tarikh : 27 Jun 2022
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2

30 Jun 2022 (Khamis)

  • Kaya FC Ilo Ilo (0) - (1) Bali United FC
  • Kedah Darul Aman FC (5) - (1) Visakha FC
    • Mohammed Faeez Khan 20'
    • Mahmoud Nayef Al Mardi 28', 47', 54'
    • Fayadh Zulkifli 67'
    • Ronald Ngah 76'

Tarikh : 30 Jun 2022
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Kapten I Wayan Diptam, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Kedah Darul Aman FC layak ke Separuh Akhir apabila menjadi juara dalam Kumpulan G

Jadual Dan Keputusan Kedah Darul Aman FC Bagi Zonal Semi-Finals Di AFC Cup 2022 (Zon Asean)

9 Ogos 2022 (Selasa)

  • PSM Makassar (2) - (1) Kedah Darul Aman FC
    • Yakob Sayuri 31'
    • Yuran Fernandes 54'
    • Fayadh Zulkifli 85'

Masa : 7.00 Malam
Tempat : Stadion Kapten I Wayan Dipta, Gianyar
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Astro Arena 802

*Kedah gagal ke peringkat seterusnya. Tamat sudah saingan di kejohanan AFC Cup 2022

Untuk dapatkan jadual dan keputusan perlawanan melibatkan kumpulan lain dalam kejohanan AFC Cup 2022 kali ini, anda boleh rujuk pautan AFC di www.the-afc.com/en/club/afc_cup

Harap wakil pasukan kelab daripada Malaysia dapat memberikan saingan kepada pasukan luar negara sekali gus menguatkan lagi Liga Malaysia dengan harapan skuad Harimau Malaya juga dapat lebih diperkuatkan di masa akan datang.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post