Jadual Perlawanan Kuala Lumpur City FC Di Kejohanan AFC Cup 2022

Jadual Perlawanan Kuala Lumpur City FC Di Kejohanan AFC Cup 2022

Kuala Lumpur City FC (KL City) akan mengharungi kejohanan AFC Cup 2022 bermula 24 Jun hingga 30 Jun 2022 yang kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur.

KL City yang layak secara merit kerana kejayaan sebagai juara Piala Malaysia 2021 yang lalu telah diundi dalam Kumpulan H bagi Zon Asean bersama wakil India iaitu PSM Makassar dan Tampines Rovers wakil daripada Singapura. KL City menjadi tuan rumah bagi kumpulan ini.

Format pertandingan adalah secara round robin satu pusingan sahaja dan juara kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya juga diikuti oleh naib juara terbaik bagi setiap kumpulan yang bertanding.

Kumpulan H : KL City FC, PSM Makassar dan Tampines Rovers
Kejohanan : AFC Cup 2022 (Peringkat Kumpulan)
Tarikh : 24 Jun - 30 Jun 2022
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Kuala Lumpur City FC Di AFC Cup 2022

Selain daripada KL City, Kedah Darul Aman FC juga satu lagi wakil daripada Malaysia yang layak ke kejohanan AFC Cup 2022 kali ini yang telah diundi dalam Kumpulan G.

Jadi penyokong kelab bola sepak KL City dan KDAFC jangan terlepas untuk berikan sokongan untuk datang ke stadium jika berkesempatan. Jika tidak, perlawanan juga turut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 dan secara striming di Astro Go.

Jika anda tiada Astro, jangan risau! Anda boleh juga strim secara online menerusi elevensports.com dengan yuran langganan serendah RM17.50 sebulan termasuk perlawanan KL City dan KDAFC.

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan melibatkan pasukan dalam Kumpulan H di AFC Cup 2022 termasuk pasukan Kuala Lumpur City FC

*keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan

24 Jun 2022 (Jumaat)

  • PS Makassar (0) - (0) KL City FC

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Astro Arena 2 802

27 Jun 2022 (Isnin)

  • Tampines Rovers (1) - (3) PSM Makassar

30 Jun 2022 (Khamis)

  • KL City FC (2) - (1) Tampines Rovers
    • Paulo JosuĂ© 16', 21'
    • Boris Kopitovic 37'

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Astro Arena 2 802

*KL City layak ke peringkat kalah mati selepas menduduki tangga naib juara dalam kumpulan H dibelakang PSM Makassar diikuti Tampines Rovers ditempat ketiga.

Untuk dapatkan jadual dan keputusan perlawanan melibatkan kumpulan lain dalam kejohanan AFC Cup 2022 kali ini, anda boleh rujuk pautan AFC di www.the-afc.com/en/club/afc_cup

Harap wakil pasukan kelab daripada Malaysia dapat memberikan saingan kepada pasukan luar negara sekali gus menguatkan lagi Liga Malaysia dengan harapan skuad Harimau Malaya juga dapat lebih diperkuatkan di masa akan datang.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post