Koleksi Ucapan Selamat Hari Bapa

Koleksi Ucapan Sempena Hari Bapa

Percayalah tiada perkara yang lebih bermakna kepada bapa anda apabila dia mendengar betapa anda menyayangi dan menghargainya. Jadi mungkin Hari Bapa adalah waktu yang sesuai dan peluang terbaik untuk memberitahunya (Selamat Hari Bapa).

Jadi Ucapan Selamat Hari Bapa yang dikongsikan ini adalah bagi meraikan semua Bapa atau apa gelaran sekali pun seperti Ayah, Abi, Abah, Daddy, Dad, Walid dan sebagainya dengan menyatakan emosi anda terhadap yang tersayang.

Jika anda berada jauh daripada bapa anda, mungkin dengan ucapan ini anda boleh hantar kepadanya sama ada menerusi Whatsapp atau mana-mana platform media sosial seperti facebook, twitter mahupun instagram dan kongsikan juga perasaan anda terhadap bapa anda bersama dengan yang lain.

Senarai Ucapan Selamat Hari Bapa

Setiap tahun, Hari Bapa diraikan pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun. Jadi untuk tahun ini, ianya disambut pada 19 Jun 2022. Tetapi ini tidak bermakna, hari-hari lain bukan hari istimewa tau. Setiap hari adalah hari yang sesuai untuk luahkan perasaan sayang kepada ibu bapa kita.

BACA : Senarai Hadiah Untuk Ayah Anda Sempena Hari Bapa

Ucapan Hari Bapa

Contoh 1

Disetiap keringatmu, disetiap nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih ayah...

Contoh 2

Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah.

Contoh 3

Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbanmu membesarkan kami.

Contoh 4

Terima Kasih Ayah! Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.

Contoh 5

Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.

Contoh 6

Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.

Contoh 7

Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.

Contoh 8

Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.

Contoh 9

Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!

Contoh 10

Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.

Contoh 11

Selamat Hari Bapa. Engkaulah hero dalam hidup kami. Love You Papa.

Contoh 12

Disebalik kasih ibu, Ada kerja keras seorang ayah. Terima kasih ayah. Selamat Hari Bapa.

Contoh 13

Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.

Contoh 14

Pengorbanan dan jasamu tidak ternilai. Selamat Hari Bapa

Ucapan Doa Buat Ayah

Doa Buat Ayah 1

Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.

Doa Buat Ayah 2

Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.

Doa Buat Ayah 3

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.

Doa Buat Ayah 4

Ya Allah Ya Tuhanku, mungkin aku tidak mampu membahagiakan kedua ibu bapaku dengan kemewahan dan kasih sayang… Dengan pertolongan-Mu, perkenankanlah doaku ini. Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka. Ya Allah, ampunilah aku, kedua ibu bapaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil. Amin Ya Robbal Alamin.

Ucapan Hari Bapa (In English)

Fathers are real superheroes. They may not have superpowers but they always have a super heart and a super spirit. Happy Fathers Day to all Dads!

Happy Father’s Day! You mean everything to me. I love you so much!

No matter what my age is, I will always be your tiny little girl who loves you with her whole being. Happy Father’s Day, dad!

Happy Father’s Day! Do you know what the most blissful gift life has offered me? It’s you, Papa!

Happy Father’s Day to all dads. It’s easy to be a father, but it takes much to become a dad.

Dear Dad, Happy Father’s Day! You have put every superhero on shame because you are stronger than Hulk and smarter than Ironman!

A father is always a guiding light to his children whose love shows the way. Happy Father’s Day.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post