Review Menu Baru Daripada Tealive Fancy Melon Smoothie

Review Menu Baru Daripada Tealive Fancy Melon Smoothie

Menu baru Tealive kini kembali lagi dan kali ini mereka kembali dengan semula minuman buah-buahan iaitu Tembikai Susu menerusi Fancy Melon Smoothie Tealive. Jus buah untuk dinikmati orang ramai yang kini dijual di seluruh Malaysia.

Kalau bulan lalu, menu baru Tealive adalah Coco Wafer Smoothie bersama Kitkat iaitu lebih kepada perisa coklat dan kali ini kembali semula dengan variasi buah-buahan seperti sebelumnya pink guava, mango dan sebagainya.

BACARasa Light Pink Guava Tealive Sedap Weh! Korang Kena Cuba

Rasanya untuk fancy melon ni adalah kali pertama menu baru diperkenalkan oleh Tealive dan pastinya ianya dijual untuk waktu terhad sahaja. Jadi jangan lupa untuk dapatkan sekarang di mana-mana kiosk Tealive berhampiran.

Tapi rasanya sedap ke...?

Review Fancy Melon Tealive Yang Baru

Untuk Fancy Melon, mereka ada sediakan empat variasi dengan dua jenis minuman sama ada Fancy Melon Milk atau Fancy Melon Smoothie:

  • Fancy Melon Milk bersama Green Tea Jelly
  • Fancy Melon Milk bersama Pop Pop Pearls
  • Fancy Melon Smoothie bersama Green Tea Jelly
  • Fancy Melon Smoothie bersama Pop Pop Pearls

Harga Menu Baru Daripada Tealive Fancy Melon Smoothie

Untuk harga pula hanya dibezakan dengan jenis minuman sahaja dan bukannya topping. Untuk Fancy Melon Milk berharga RM9.25, manakala untuk Fancy Melon Smoothie berharga adalah RM11.23. Anda boleh dapatkan lebih diskaun, dengan dapatkan kupon diskaun DISINI.

Jadi untuk aku personally lebih minat jenis smoothie. Jadi aku pesan Fancy Melon Smoothie bersama Green Tea Jelly melalui aplikasi Touch n' Go eWallet sahaja. Dah siap aku pickup. Tak perlu beratur panjang dengan orang ramai.

Secara keseluruhan, aku lebih minat kalau Tealive keluarkan menu baru adalah berasaskan buah-buahan berbanding jenis wafer atau cookies seperti sebelum-sebelum ini. 

Untuk menu kali ini, Tealive bawa pula buah Melon atau Tembikan Susu yang merupakan antara buah kegemaran aku juga kerana rasa manis light bila anda makan. Sama juga seperti minuman smoothie ini, masih mengekalkan rasa light sweet buah tembikan susu tersebut.

Review Menu Baru Daripada Tealive Fancy Melon Smoothie

Ditambah lagi dengan jelly yang ada di dalam yang mana aku lebih suka berbanding bubble tea atau atau pop pop pearls tersebut. Rasanya serpihan buah melon tiada diletakkan di dalam atau mungkin ada bagi jenis minuman susu tersebut. Aku tak sure.

Dengan warna kekuningan, rasa yang tidak terlalu manis, sedap untuk diminum ketika cuaca panas dan boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Jika diberi peluang, aku nak juga repeat sekali lagi. Tapi teringat juga, tak boleh minum manis selalu kan.

Jadi apa tunggu lagi, pergi la serbu dan dapatkan sekarang Tealive Fancy Melon!

3/Post a Comment/Comments

  1. Sama citarasa kita lebih suka perisa buah-buahan Tealive daripada wafer/cookies

    ReplyDelete
  2. Suka pop pop dia pecah dalam mulut.. ketagih sudahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post