Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku Di TV9

Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku Di TV9

Saksikan telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku yang akan menemui penonton pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada jam 8.30 malam di slot Wayang Hujung Minggu di TV9 dan juga boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Selain itu, cerita arahan Dhrma Aizad terbitan Mangkin Prestij Sdn. Bhd. ini juga boleh distrim menerusi platform penstriman Mubi dengan yuran langganan serendah RM10 sebulan yang juga menyediakan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa yang lain.

Sinopsis Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku

Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku ini menampilkan barisan pelakon seperti Epy Raja Lawak Navilya Husna, Fahmy Reza, Daler Yusuf, Iszander Nor, Imuda, Rashidah Jaafar, Prof Kamran dan ramai lagi.

  • Epy Raja Lawak sebagai Epy
  • Navilya Husna sebagai Zara
  • Daler Yusuf sebagai Jeffry
  • Fahmy Reza sebagai Malik
  • Imuda sebagai Abah Epy
  • Rashidah Jaafar sebagai Ibu Epy

Ianya mengisahkan tentang Epy iaitu seorang mat despatch di sebuah syarikat telah mengahwini anak CEO syarikatnya bekerja tanpa diduga. Epy terpaksa kahwin dengan Zara Adilia Pandleton tanpa sebab yang munasabah.

Zara yang terdesak untuk membuktikan pada ayahnya, Tuan Mohamad Bernard Pandleton bahawa dia juga mampu hidup sendiri tanpa bantuan ayahnya walaupun terpaksa kahwin dengan lelaki paling miskin di syarikat ayahnya. Kehidupan Epy mula berubah setelah mengahwini Zara.

Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku Di TV9

Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post