Telefilem Dania Di TV3

Telefilem Dania Di TV3

Saksikan telefilem Dania yang akan menemui penonton pada 20 April 2024, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi www.tonton.com.my

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dengan menampilkan barisan pelakon yang dikenali ramai.

Sinopsis Telefilem Dania

Telefilem Dania menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Dania - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Dania iaitu seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial.

Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu.

Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

Telefilem Dania Di TV3

Telefilem Dania Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post