Telefilem Kapcai Ayah Di TV9

Telefilem Kapcai Ayah Di TV9

Saksikan telefilem Kapcai Ayah yang akan menemui penonton semula pada 20 Jun 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Raden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah dengan penulisan skrip oleh Maziah Manaf.

Telefilem Kapcai Ayah

Telefilem Kapcai Ayah menampilkan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Saharul Ridzwan, Marissa Yasmin, Hanna Aqeela, Harris Alif dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Kapcai Ayah - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Haikal yang bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya.

Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut.

Akhirnya, Haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.

Telefilem Kapcai Ayah Di TV9

Telefilem Kapcai Ayah Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post