Telefilem London With Love Di Sooka

Telefilem London With Love Di Sooka

Saksikan telefilem komedi, London With Love yang akan mula menemui penonton pada 10 Jun 2022 secara ekslusif akan ditayangkan di laman penstriman aplikasi Sooka dan di Sooka.my. Untuk menonton, anda boleh langgan akaun VIP Entertainment dengan harga serendah RM15.90 sebulan.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi JN Studios & Entertainment Sdn. Bhd. yang juga diarahkan oleh Janna Nick sendiri. Selain itu, Dini Schatzmann juga buat pertama kali bertindak sebagai Pengarah Fotorgrafi untuk telefilem ini.

Sinopsis Telefilem London With Love

Telefilem London With Love menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Andi Bernadee, Norreen Iman, Rosix Omar dan Aiman Nasir Wayne. Juga terdapat penampilan khas daripada Hairul Azreen dan Adrian Teh.

  • Janna Nick sebagai Fifi
  • Andri Bernadee sebagai Kiki
  • Noreen Iman sebagai Didi
  • Aiman Nasir Wayne sebagai Danny

Ianya mengisahkan tentang tiga bestfriend iaitu Fifi, Kiki dan Didi yang menghabiskan hari terakhir mereka bercuti di London. Semasa bersiar-siar, Fifi bertengkar dengan rakan-rakannya, dan memutuskan untuk berjalan sendirian dan kemudian begnya telah hilang bersama pasport mereka di dalamnya.

Disebabkan panik, mereka pergi ke kedutaan untuk mendapatkan bantuan dengan meminta tolong mana-mana warga Malaysia sudi membantu mereka untuk dapatkan kembali passport tersebut.

Mereka melarikan diri, dan di stesen kereta api bertemu Danny, seorang individu berdarah Inggeris-Kelantan kacak yang menawarkan tempat tinggal kepada mereka. Danny sangat meminati Fifi sehingga menyebabkan Didi memburukkan lagi persahabatan mereka.

Danny melamar Fifi, yang mana masih berada di London, sementara rakan-rakannya pulang ke Malaysia. Adakah Danny ikhlas dengan cadangan itu, atau Fifi sebenarnya terburu-buru?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post