Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Saksikan telefilem yang diilhamkan daripada kisah sebenar yang bertajuk Matahari Tak Bercahaya yang akan menemui penonton pada 16 Jun 2022, hari Sabtu, pada jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad TV3 dan boleh juga strim di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Mira Mustafa dan kemudian diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd. Cerita ini diarahkan oleh Uchee Fukada dengan penulisan skrip oleh Maizura Ederis dan Marr Mohamad.

Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya

Telefilem Matahari Tak Bercahaya menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini dan ramai lagi.

⏩ Tonton Matahari Tak Bercahaya - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Mastura (lakonan Nad Zainal), seorang ibu muda yang bertugas menjaga anak-anak tadika yang juga isteri kepada Shazan (lakonan Fattah Amin).

Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi oleh orang kampung. Namun begitu, kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif.

Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.

Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV3

Sumber : klapbod.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post