Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan Di TV9

Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan Di TV9

Saksikan telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan yang akan menemui penonton pada 20 Jun 2022, hari Isnin pada jam 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus dengan penulisan skrip oleh pengarah sendiri bersama Mohd Shah Remy Ikmal.

Sinopsis Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan

Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan menampilkan barisan pelakon seperti Aeril Zafrel, Nad Zainal, Namron, Saidi Sabri, Fetty Dzul, Fana Azizan, Sabri Yunus dan ramai lagi.

  • Aeril Zafrel sebagai Amir
  • Nad Zainal sebagai Syima
  • Namron sebagai Talib

⏩ Tonton Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Syima yang merupakan seorang anak yang baik, namun hidupnya sengsara kerana ayahnya, Talib merupakan seorang penagih dadah.

Kemudian Syima berkahwin dengan Amir tanpa mengetahui siapa sebenarnya dia kerana Syima merasakan Amir seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Talib kemudiannya mengetahui yang menantunya itu merupakan seorang pengedar dadah.

Amir menyuruh Talib untuk membantunya mengedar dadah dan Talib agak keberatan kerana dia hanya seorang penagih dadah dan bukannya pengedar. Namun akhirnya Talib mengikut sahaja arahan daripada menantunya, Amir tersebut.

Kawan Syima yang kecewa melihat Syima berkahwin memberitahunya yang Amir bukanlah seorang lelaki yang baik kerana di merasakan Amir itu pengedar dadah. Namun Syima langsung tidak mempercayainya.

Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan Di TV9

Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan Di TV9

Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post