Telefilem Pesanan Kubur Di TV Okey

Telefilem Pesanan Kubur Di TV Okey

Hujung minggu anda akan disajikan dengan telefilem Pesanan Kubur yang akan bersiaran pada 12 Jun 2022, hari Ahad pada jam 2.30 petang di slot Layar Okey di TV Okey atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan ideal asal daripada Kadir Patoi yang juga penulis skrip bersama Amni Zahra dan kemudian diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan serta diterbitkan oleh syarikat produksi Adi Karya Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem Pesanan Kubur

Telefilem Pesanan Kubur menampilkan barisan pelakon seperti Hafizul Kamal, Azizul Ammar, Kazar Saisi, Rosnah Johari, Jaser Supayah dan ramai lagi.

Tonton telefilem Pesanan Kubur - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang dua sahabat baik, Iqmal (Hafizul Kamal) dan Mie (Azizul Ammar) yang telah dipecat daripada tempat kerjanya akibat lalai dan sering bermain permainan game online sewaktu bekerja.

Disebabkan mereka tiada lagi pekerjaan dan dalam masa sama ada hutang yang perlu dibayar, mereka perlu mencari idea untuk menjadi kaya. Akhirnya mereka telah berjumpa dengan Tok Hitam yang mana akan menjadikan mereka kaya.

Tetapi Tok Hitam juga telah meletakkan banyak syarat sebelum permintaan mereka termakbul iaitu dengan mendapatkan beberapa bahan dari tanah kubur. Apakah kesudah nasib dua sahabat tersebut pada akhinya?

Telefilem Pesanan Kubur Di TV Okey

Telefilem Pesanan Kubur Di TV Okey

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post