Saksikan telefilem Pulau Tengkorak yang akan menemui penonton pada 28 Jun 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Pentas Wayang Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Dato T. S. Jeffry.
Sinopsis Telefilem Pulau Tengkorak
Telefilem Pulau Tengkorak menampilkan barisan pelakon seperti Z. Zamrie, Man Khan, Tisha Shamsir, Aris Kapilla, Yank Kassim, Dato' T. S Jeffry dan ramai lagi.
Ianya mengisahkan tentang ok Ngulu Ahmad Belacak yang terlekat biji nangka madu di halkum sewaktu santap petang di rumah isteri ketiganya.
Dari sehari ke sehari, keadaan Tok Ngulu semakin teruk. Halkum jadi bengkak. Nak makan, nak minum, nak bercakap pun tak boleh. Tok Ngulu hanya mampu guna tangan sebagai bahasa isyarat. Hal itu membuatkan banyak urusan Pulau tergendala.
Setelah berbincang dengan Usin Belatuk, orang kanannya, Tok Ngulu setuju untuk cari calon gantikan tempatnya. Maka bermulalah pencarian calon yang layak.
Post a Comment