Drama Nenda Di TV3

Drama Nenda Di TV3

Saksikan drama bersiri terbaru Nenda yang akan menemui penonton bermula 12 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura TV3 atau boleh strim secara online di Disney+ Hotstar (www.hotstar.com/my)

Drama 20 episod ini merupakan idea asal daripada penerbitnya sendiri iaitu Datuk Hasniza Nordin bersama Rozie Rashid dan diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Manakala Harris Fadzillah bertindak sebagai pengarah dengan nukilan skrip daripada Falriqz Naail dan Moonmk daripada PGRs Team.

Sinopsis Drama Nenda

Drama Nenda menampilkan barisan pelakon-pelakon otai Malaysia seperti Fauziah Nawi, Kuna Muzani, Didie Alias, Mandy Chong dan Rosli Rahman Adam.

Selain itu terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Qisya Hairulzain, Abdul Khaliq, Nabil Kidkylo, Camelia Natasya, Erry Putra, Shahruddin Thamby, Zazly Baginda, Naim Syamsul, Suky dan ramai lagi

  • Fauziah Nawi sebagai Nenda/Hjh Aminah
  • Kuna Muzani sebagai Mek Wan/Wan Intan
  • Didie Alias sebagai Tok Ma/Hjh Maisara
  • Mandy Chong sebagai Popo/Ah Cheng
  • Rosli Rahman Adam sebagai Hj Dahari
  • Nabil Kidkylo sebagai Raz
  • Camelia Natasya sebagai Qaisara

⏩ Saksikan Drama Nenda - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang empat sahabat lama iaitu Hjh Aminah, Wan Intan, Hjh Maisara dan Ach Cheng yang sudah bertahun-tahun terpisah dan kini bertemu kembali di kampung halaman mereka.

Setiap episod akan disajikan dengan pelbagai ragam dan masalah masyarakat setempat yang diselesaikan oleh Nenda sendiri bersama-sama rakan-rakannya.

Ini kerana Ketua Kampung iaitu Haji Dahari kini tidak lagi dapat kepercayaan daripada orang kampung kerana termakan hasutan Andak serta masalah perebutan jawatan di masjid.

Drama Nenda Di TV3

Drama Nenda Di TV3

Drama Nenda Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post