Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Saksikan drama bersiri Ratu Ten Pin 2: Shalin yang akan menemui penonton bermula 11 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama 20 episod ini merupakan kesinambungan daripada Ratu Ten Pin musim pertama yang mana kali ini lebih menarik apabila jalan ceritanya diinispirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli.

Sekali lagi, JS Pictures Sdn. Bhd. bertindak sebagai produksi bagi drama ini dimana Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo juga sebagai pengarah.

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin menampilkan barisan pelakon sedia ada disamping tambahan pelakon baru. Antara yang terlibat ialah Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato' Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.

  • Jasmine Suraya sebagai Shalin
  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Sheila Rusly sebagai Mem Maria
  • Yusuf Bahrin sebagai Azidi
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Wani Kayrie sebagai Suzana

⏩ Saksikan Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin - Link 1 | Link 2

Ianya bermula dengan watak Norma, Reez, Sandra dan Suzana yang kini sudah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Mem Maria yang juga merupakan jurulatih pasukan telah menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara sebagai pemain baru untuk mencukupkan bilangan pemainnya.

Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post