Jadual & Keputusan AFF Women Championship 2022 Filipina

jadual dan keputusan aff women championship 2022

Selain daripada pasukan muda bawah-19, skuad wanita negera yang terlah dipilih juga akan menggalas cabaran di Kejuaraan Wanita AFF 2022 bermula 4 Julai hingga 17 Julai 2022 di Manila, Filipina.

Kejohanan ini melibatkan pasukan-pasukan wanita daripada rantau Asia Tenggara iaitu melibatkan sebanyak 11 pasukan. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura dan Australia U23.

Manakala untuk Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Kemboja dan Laos.

Hanya dua pasukan teratas bagi kedua-dua kumpulan yang akan layak peringkat kalah mati iaitu Separuh Akhir dan kemudianya pemenang tersebut akan berentap di final yang mana kesemuanya diadakan di Manila, Filipina

Senarai Pemain Malaysia dalam Kejuaraan Wanita AFF 2022 Filipina

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan 25 pemain skuad Malayan Tigress yang telah dipilih oleh Ketua Jurulatih, Jacob Joseph bagi kejohanan kali ini.

Pemain Malaysia dalam Kejuaraan Wanita AFF 2022 Filipina

Jadual & Keputusan Perlawanan AFF Women Championship 2022 Filipina

Setakat ini tiada pengumuman siaran langsung yang dibawakan oleh mana-mana penyiaran di Malaysia. Sekiranya ada, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tapi peminat sukan tanah air khususnya sukan bola sepak, jangan berhenti untuk teruskan bagi sokongan kepada skuad Malayan Tigress iaitu skuad wanita negara dalam AFF Women Championship 2022 Filipina.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia (Kumpulan A) dalam Kejuaraan Wanita AFF 2022 Filipina.

4 Julai 2022 (Isnin)

Singapura (0) - (0) Malaysia

Masa : 4.00 Petang
Tempat : Stadium Rizal Memorial
Live Streaming : Link 1 | Link 2

6 Julai 2022 (Rabu)

Indonesia (1) - (1) Malaysia

  • Sheva Imut Furyzcha 74'
  • Steffi Sarge Kaur 90'+2'

Masa : 7.00 Malam
Tempat : City of Imus Grandstand
Live Streaming : Link 1 | Link 2

8 Julai 2022 (Jumaat)

Malaysia (0) - (4) Filipina

  • Sara Kristine Bantan 34'
  • Katrina Jacqueline Rivera 43'
  • Quinley Mirielle Campomanes 48'
  • Anacki Chabeli Arrieta 72'

Masa : 7.00 Malam
Tempat : Stadium Rizal Memorial
Live Streaming : Link 1 | Link 2

10 Julai 2022 (Ahad)

Malaysia (0) - (4) Thailand

  • Ploychompoo Somnuek 24'
  • Pattaranan Aupachai 54'
  • U-Raiporn Yongkul 73'
  • Nutwadee Pram-Nak 86'

Masa : 7.00 Malam
Tempat : City of Imus Grandstand
Live Streaming : Link 1 | Link 2

12 Julai 2022 (Selasa)

Australia (6) -  (0) Malaysia

  • Chelsea Dawber 13' 23'
  • Mackenzie Hawkesby 19' 65' 67'
  • Jamilla Rankin 81'

Masa : 7.00 Malam
Tempat : Stadium City of Imus Grandstand
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas hanya meraih 2 mata dalam perlawanan dengan menduduki tangga ke-5 dalam kumpulan A

15 Julai 2022 (Jumaat) - Separuh Akhir

  • Thailand (2) - (0) Myanmar
  • Vietnam (0) - (4) Filipina

17 Julai 2022 (Ahad)

  • Vietnam (4) - (3) Myanmar (Tempat ke-3 & ke-4)
  • Thailand (0) - (3) Filipina (Final)

Podium

  • Juara - Filipina
  • Naib Juara - Thailand
  • Tempat Ke-3 - Vietnam

Untuk dapatkan keputusan bagi perlawanan-perlawanan lain untuk AFF Women Championship 2022, anda boleh rujuk laman web rasmi Asean Football di www.aseanfootball.org/aff-womens-championship

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual & Keputusan AFF Women Championship 2022 Filipina"