Jadual & Keputusan Final Malaysia Futsal Cup 2022

Jadual Final Malaysia Futsal Cup 2022

CUCKOO Malaysia Futsal Cup (MFC) 2022 telah pun berlangsung bermula 18 Jun yang lalu dan kini telah sampai ke peringkat akhir yang mana akan berlangsung pada 23 Julai 2022.

Sebanyak 8 pasukan yang telah layak ke Piala Futsal Malaysia 2022 yang mana pasukan-pasukan ini adalah lapan terbaik dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 yang telah berlangsung pada Januari sehingga Mac tahun ini.

Bermula terus ke peringkat Suku Akhir, persaingan sengit diberikan bagi setiap pasukan sehinggalah hanya 2 pasukan terkuat akan bertemu di peringkat Akhir dimana edisi kali ini bakal mempertemukan 2 pasukan teratas liga, Selangor MAC dan juga Pahang Rangers FC.

Selangor MAC telah menumpaskan kelab senegeri iaitu Selangor TOT United dengan jaringan secara aggregat 11-9 di peringkat Separuh Akhir, manakala Pahang Rangers FC mengalahkan Pulau Pinang dengan aggregat 9-6 pada pusingan yang sama.

Jadual & Keputusan Final Malaysia Futsal Cup 2022

Kini sudah tiba di peringkat akhir dimana akan berlangsung perlawanan akhir dan juga perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung pada hari yang sama tapi dalam waktu yang berbeza.

Selain daripada memberikan sokongan di stadium, peminat sukan futsal khususnya juga boleh menonton siaran langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh juga strim secara online di Astro Go bagi kedua-dua perlawanan tersebut.

Berikut merupakan jadual perlawanan final dan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 bagi Piala Futsal Malaysia 2022

23 Julai 2022 - Tempat ke-3 & ke-4

Selangor TOT United (3) - (2) Pulau Pinang

  • Aidil Shahril Rosli 10' Hazreen Ali 25' Hazizi Mansor 40'
  • Nazrin Ashraf Radzi 9' Amirul Radzi 12' 

Hari : Sabtu
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam
Live Streaming : Link 1 | Link 2

23 Julai 2022 - Final

Selangor MAC (4) - (3) Pahang Rangers FC

  • Khairul Effendy Bahrin 21' 30' Firdaus Ambiah 30' 37' 
  • Ridzwan Bakri 20' Farhan Khairul Anuar 37' Akmarulnizam Idris 40' 

Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Kompleks Sukan Negara, Panasonic, Shah Alam
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Podium

  • Juara - Selangor MAC
  • Naib Juara - Pahang Rangers FC
  • Tempat Ketiga - Selangor TOT United
  • Tempat Keempat - Pulau Pinang

Jadual Final Malaysia Futsal Cup 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post