Jadual Sukan Ragbi 7s Di Sukan Komanwel 2022

Jadual Sukan Ragbi 7s Di Sukan Komanwel 2022

Sukan Ragbi turun dipertandingkan dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang mana terdapat 1 acara iaitu Ragbi 7 Sebelah (7s) yang hanya berlangsung bermula 29 Julai sehingga 31 Julai 2022.

Umum sedia maklum, Birmingham 2022 akan membuka tirai pada 28 Julai dengan hanya upacara pembukaan sahaja diadakan dan berlangsung sehingga 8 Ogos 2022.

Temasya 4 tahun sekali ini bakal mempertarukan lebih 20 jenis sukan termasuk sukan Ragbi dan Malaysia yang merupakan antara negara-negara Komanwel juga turut serta dalam temasya kali ini bagi merangkul 6 pingat emas yang dijadikan sasaran.

Sebanyak 16 negara yang layak bagi temasya kali ini dengan melibatkan 4 kumpulan iaitu Kumpulan A hingga D. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Afrika Selatan, Scotland dan Tonga. 2 pasukan teratas layak untuk ke peringkat seterusnya

  • Kumpulan A - New Zealand, England, Samoa, Sri Lanka
  • Kumpulan B - Afrika Selatan, Scotland, Tonga, Malaysia
  • Kumpulan C - Fiji, Kanada, Wales, Zambia
  • Kumpulan D - Australia, Kenya, Uganda, Jamaica

Senarai Atlet Sukan Ragbi 7s Di Sukan Komanwel 2022

Kesatuan Ragbi Malaysia telah menyenaraikan 13 atlet negara yang bakal menggalas cabaran dalam temasya kali ini

  • Adam Ariff
  • Ahmad Zulhilmi
  • Amalul Hazim
  • Eddie Arrif
  • Shah Izwan
  • Daim Zainudin
  • Hafiezie Sudin
  • Ameer Nasrun
  • Azizul Hakim
  • Azwan Zuwairi
  • Kamal Hamidi
  • Safiy Md Said
  • Wan Azley

Jadual & Keputusan Sukan Ragbi 7s Di Sukan Komanwel 2022

Sukan Ragbi 7s akan berlangsung selama 3 hari sahaja iaitu 29 sehingga 31 Julai 2022 yang akan di adakan di venue Coventry Stadium, England.

Untuk peminat sukan ragbi, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena atau di Astro Supersport 825 - 828 atau boleh juga strim di Astro Go dan Sooka.my

Selain itu, RTM menerusi TV2, TV Okey dan Sukan RTM juga RTM Klik akan bawakan sorotan harian sepanjangn temasya sukan ini berlangsung.

Berikut merupakan senarai jadual pertandingan sukan ragbi 7s bagi temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 melibat pemain-pemain Malaysia di Kumpulan B.

*Berikut adalah mengikut waktu Malaysia

29 Julai 2022 (Jumaat)

Afrika Selatan (46) - (0) Malaysia 

30 Julai 2022 (Sabtu)

Scotland (50) - (2) Malaysia

Tonga (31) - (7) Malaysia

31 Julai 2022 (Ahad)

Jamaica (28) - (7) Malaysia (Tempat Ke-13 - ke-16)

Wales (33) - (14) Malaysia (Tempat ke-9 - ke-16)

New Zealand (26) - (12) ~ Penentuan Pingat Gangsa

Fiji (7) - (31) Afrika Selatan ~ Penentuan Pingat Emas

Podim

EMAS - Afrika Selatan
PERAK - Fiji
GANGSA - New Zealand

Jadual Sukan Ragbi 7s Di Sukan Komanwel 2022

Semoga Malaysia berjaya mara ke peringkat lebih jauh sekali gus meraih pingat. Untuk ketahui jadual dan keputusan bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk www.birmingham2022.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post