Senarai Harga Ayam Terkini Tahun 2022 (Termasuk Sabah & Sarawak)

Harga ayam terkini Julai 2022 seluruh Malaysia

Pada 29 Jun yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan dengan membuat keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan sabsidi dengan menetapkan harga siling runcit.

Dalam pengumuman tersebut menerusi kenyataan media daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram (berbanding RM8.90 sebelumnya) bagi Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Kerajaan juga menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen/sebiji bagi gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41/biji) di Semanjung Malaysia.

Penetapkan harga siling bagi ayam standard dan telur ini akan berkuatkuasa bermula 1 Julai 2022 (Jumaat) hingga 31 Ogos 2022.

Harga Ayam Terkini 2022 Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Penetapan yang diumumkan pada awalnya adalah untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Boleh Dapatkan Ayam Segar Murah Disini

Jadi pihak KPDNHEP secara rasmi telah kongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuat kuasa 1 Julai 2022 sehingga 31 Ogos 2022 bagi seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak, Langkawi dan Labuan seperti jadual dibawah.

Harga Ayam Terkini 2022 Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak

Harga tersebut adalah melibatkan ayam hidup, ayam super dan ayam standard (ayam yang disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedu atau mana-mana bahagiannya).

Jadi pengguna boleh dapatkan jadual harga bagi harga runcit tersebut sebagai panduan ketika ingin membeli ayam di pasar.

sumber : facebook kpdnhep

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Harga Ayam Terkini Tahun 2022 (Termasuk Sabah & Sarawak)"