Telefilem Acah-Acah Haji Hajah Di TV Okey

Telefilem Acah-Acah Haji Hajah Di TV Okey

RTM bawakan sebuah telefilem khas Aidiladha Acah-Acah Haji Hajah yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada jam 2.30 petang di slot Layar Okey di TV Okey atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem dengan unsur komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi Qaiswork Production Sdn. Bhd. yang mana diarahkan oleh pengarah serba boleh Sasya Kamaruddin.

Sinopsis Telefilem Acah-Acah Haji Hajah

Telefilem Acah-Acah Haji Dan Hajah ini menampilkan barisan pelakon seperti Joey Daud, Watie Elite, Aepul Roza, Bella Astilah, Zaed Abdul Hamid, Boywan, Yudy Nordin dan ramai lagi.

  • Joey Daud sebagai Borhan
  • Watie Elite sebagai Musalmah
  • Aepol Roza sebagai Mubin
  • Bella Astilah sebagai Anis

⏩ Saksikan Telefilem Acah-Acah Haji & Hajah - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Borhan dan Musalmah yang menjadi bongkak kerana berjaya mengikuti pakej haji yang paling mahal semasa mahu bertolak ke Mekah mereka telah ditipu.

Namun demi mendapat pujian dari orang kampung mereka berpura-pura menjadi Haji dan Hajah. Anis salah seorang jemaah dan Mubin mengetahui perbuatan mereka dan cuba menasihati namun tidak berjaya.

Kehadiran Tuan Syed membongkar penipuan mereka berdua akhinya. Untuk ketahui apa yang berlaku seterusnya, kena saksikan telefilem ini di TV Okey.

Telefilem Acah-Acah Haji Hajah Di TV Okey

Telefilem Acah-Acah Haji Hajah Di TV Okey

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post