Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Sempena Hari Raya Aidiladha, saksikan telefilem Aida Adha yang akan menemui penonton pada 2 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Cempaka Sari Empire Sdn. Bhd., diarahkan oleh Muhammad Faiz Ramli dengan nukilan skrip oleh Norliza Mior Rashid.

Sinopsis Telefilem Aida Adha

Telefilem Aida Adha menampilkan barisan pelakon seperti Afifah Nasir, Bil Razali, Safura Ya’cob, Roy Azman, Dato’ Amin Khan, Aufa Ardinee, Fudail Dayyan, Zaly Zain dan ramai lagi.

  • Afifah Nasir sebagai Aida
  • Bil Razali sebagai Adha
  • Safura Ya’cob sebegai Mak Long Zaharah
  • Roy Azman sebagai Pak Long Nawi

Tonton Telefilem Aida Adha - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Adha seorang jurutera yang sudah lama merantau ke negara luar dan berharap suatu hari nanti dia dapat menyambut Hari Raya Qurban ini dengan meriah di negara sendiri.

Jadi Adha pulang ke kampung halaman dan mula berkempen dan mengajak orang ramai berserta ahli keluarganya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dengan meriah sama seperti Raya Aidilfitri.

Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila Adha mempergunakan sepupunya, Aida untuk memeriahkan lagi raya tersebut. Kenapa agaknya Aida yang menjadi mangsa? Apakah kesudahan kemeriahan hari raya mereka pada akhirnya?

Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Telefilem Aida Adha Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Aida Adha Di TV1"