Sempena Hari Raya Aidiladha, saksikan telefilem Di Pintu Syurga yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada jam 10.30 malam menerusi saluran TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my
Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan hasil nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland.
Sinopsis Telefilem Di Pintu Syurga
Telefilem Di Pintu Syurga menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Janna Nick, Aleza Shadan, Arash Mohd, Syafnida, Lia Natalia, Azhar Sulaiman, Syafnida Shuhaimi, Marisa Yasmin, Iswan Ismail dan ramai lagi.
⏩ Saksikan Telefilem Di Pintu Syurga - Link 1 | Link 2
Ianya mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jannah (Janna Nick) yang suka berpelesaran dan kemudian dipaksa oleh ibu bapanya untuk bernikah dengan seorang jejaka bernama Faris (Redza Rosli) yang merupakan seorang guru seni khat.
Pada satu malam, Jannah terlibat dengan kemalangan jalanraya sehingga menyebabkan dia mengalami Amnesia atau hilang ingatan. Sejak daripada itu, Jannah jatuh jatuh cinta dengan Faris yang dirasakan sesuai untuk menjadi imamnya yang sempurna.
Sejak itu juga, Jannah sudah banyak berubah. Namun begitu, kebahagian Jannah dan Faris tidak kekal lama apabila Jannah menghidap tumor.
Post a Comment