Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Saksikan telefilem sempena Aidiladha bertajuk Jubah Dari Mekah yang akan menemui penonton pada 9 Julai 2022, hari Sabtu pada jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dan penulisan skrip adalah daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Telefilem Jubah Dari Mekah

Telefilem Jubah Dari Mekah menampilkan barisan pelakon seperti Erynne Erynna, Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Fimie Don, Kodi Rasheed, Julia Farhana Marin dan ramai lagi.

  • Erynne Erynna sebagai Nabila (Abil)
  • Norlia Ghani sebagai Mak Leha
  • Rusdi Ramli sebagai Shakir
  • Fimie Don sebagai Ajis
  • Kodi Rasheed sebagai Usin

Tonton Telefilem Jubah Dari Mekah Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang ibu tunggal iaitu Mak Leha yang membesarkan dua orang anaknya iaitu Shakir dan Nabila. Nabila atau Abil merupakan seorang panagih dadah tetapi bagi mengelakkan dia untuk terus mendapatkan bekalan dadah lagi, dia telah dikurung oleh abangnya, Shakir dibawah kolong rumah.

Pada masa yang sama, Mak Leha berhasrat untuk menunaikan umrah dengan wang simpanannya dan ianya disambut baik oleh Shakir dan akan cuba melunarkan hasrat ibunya tersebut untuk ke tanah suci walaupun isterinya, Elis tidak bersetuju.

Namun melihat keadaan Adbil yang semakin teruk akibat dadah tersebut, Mak Leha telah menukar hasratnya untuk ke Mekah. Pada mulanya Shakir membantah kerana padanya Abil hanya menyusahkan dia dan ibunya.

Namun memikirkan itu antara cara terakhir untuk memulihkan keadaan Abil, ibunya bersetuju. Adakah Mak Leha akan Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada akhinya?

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post