Telefilem Rekah Di Jari Kak Long Di TV2

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long Di TV2

Saksikan telefilem Rekah Di Jari Kak Long yang akan menemui penonton pada 19 Julai 2022, hari Selasa pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Early Bird Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dengan nukilan skrip daripada Naza Manas.

Sinopsis Telefilem Rekah Di Jari Kak Long

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nazeera Sardi, Ayu Ayuni Mzul Helmy, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Putri Qaseh dan ramai lagi.

⏩ Tonton Telefilem Rekah Di Jari Kak Long - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Kak Long yang terpaksa menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga setelah ayahnya jatuh sakit. Oleh itu, dia menoreh getah bagi menanggung ayah dan adik-adiknya.

Kak Long kecewa kerana Syafik menghilangkan diri semasa hari pernikahan mereka sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia. Lukman yang menaruh hati pada Kak Long telah membuat fitnah sehingga Syafik percaya Kak Long bukan perempuan yang baik.

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Rekah Di Jari Kak Long Di TV2"