Drama AI.5YA Di Viu

Drama AI.5YA Di Viu

Saksikan drama Viu Original berjudul AI.5YA yang akan menemui penonton dua episod seminggu mulai 18 Ogos 2022, setiap hari Khamis yang akan disiarkan secara eksklusif di platform penstriman Viu dengan tontonan secara percuma.

Sitkom sci-fi 10 episod yang mengangkat tema dengan dunia AI ini merupakan terbitan syarikat produksi Petra Vision Works dan ianya diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi merangkap pelakon juga dalam drama ini iaitu Dato' Afdlin Shauki.

Sinopsis Drama AI.5YA

Drama AI.5YA menampilkan barisan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Dato Afdlin Shauki, Ozlynn Waty, Elly Ariffin, Emma Sofea, Farah Dhiya, Ako Mustapha, Khir Rahman, Ian Haziq dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Jehan
  • Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA
  • Dato Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogod
  • Ozlynn Wati sebagai Jasmine
  • Farahdhiya sebagai Tok Da
  • Elly Ariffin sebagai Maya
  • Emma Sofea sebagai Iman
  • Khir Rahman sebagai Pak Mail
  • Ian Haziq sebagai AI.M4N

⏩ Tonton Drama AI.5YA - Link 1 | Link 2 | Link 3 

Ianya mengisahkan tentang Jehan iaitu seorang YouAllsTuber yang terkenal dengan content 'prank'. Disebabkan content 'prank' yang melampau, Jehan telah kehilangan krew-krewnya dan sekali gus tidak boleh meneruskan contentnya tersebut.

Sebagai ganti, Dato’ Soffar telah memberikan dana untuk Jehan dan mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Jadi kali ini partner beliau bukan seorang manusia tetapi seorang robot android.

Robot yang sepatutnya tiba kepada Jehan adalah robot AI.M4N yang telah diprogramkan untuk membantu dalam pembikinan menghasilkan content. Tetapi yang sampai kepadanya adalah sebuah robot pembantu iaitu AI.5YA. Mereka tersalah hantar.

Disebabkan itulah, Jehan membuat keputusan untuk mengubah atau programkan semula robot tersebut untuk dijadikan kru dan pelakon serba boleh bagi menghasilkan content yang ingin diterbitkan.

Drama AI.5YA Di Viu

Drama AI.5YA Di Viu

Drama AI.5YA Di Viu

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post