Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Saksikan drama bersisi terbaru Ash Dan Aish yang akan menemui penonton bermula 10 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria atau boleh strim secara online di Astro Go.

Drama 21 episod ini menyusuli selepas Jodohku Babysitter dan naskah ini juga diinspirasikan daripada novel Ash Dan Aish yang merupakan karya Maya Adira. Ianya diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, diarahkan oleh Helmi Yusof dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis Drama Ash Dan Aish

Drama Ash Dan Aish menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Meerqeen, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Nadhir Nasar, Norreen Iman, Asha Merican, Idzham Ismail, Harrisa Adlynn, Andy Teh, Nada Syuhada, Jaja Illyen, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Arash Mohd, Kuza, Syahir Shafein,  Zizi Zulkifli dan ramai lagi.

  • Meerqeen sebagai Ashrafi/Ash
  • Siti Khadihaj Halim sebagai Aisha/Aish
  • Nadhir Nasar sebagai Izhan
  • Anna Jobling sebagai Delila

⏩ Tonton Drama Ash Dan Aish Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha. Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja. Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.

Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.

Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.

Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.

Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Ash Dan Aish Di Astro Ria"