Drama Kau Vs Aku Di Sooka

Drama Kau Vs Aku Di Sooka

Saksikan drama Sooka Original Kau Vs Aku yang akan menemui penonton bermula 19 Ogos 2022, setiap hari Jumaat yang akan disiarkan menerusi platform penstriman Sooka di sooka.com atau aplikasi mobile.

Anda boleh tonton episod pertama secara percuma dan perlu melanggan dengan harga RM15.90 untuk pelan VIP Entertainment atau pelan VIP TV dengan harga RM42.50 sebulan untuk episod seterusnya.

Drama 8 episod yang diinspirasikan daripada novel wattpadd 'Kau Vs Aku' karya Nurul Husnina Binti Mockhtar (Shieyruna) merupakan terbitan syarikat produksi RedComm, diarahkan bersama Shamyl Ohtman, Megat Shahrizal dan Siti Afizah dengan nukilan skrip daripada Anwar Hadi, Farah Alya dan Afiza Asram.

Selain itu, drama ini juga mendapat kerjasama daripada permainan atas talian battle royale, PUBG Mobile yang membantu mengembangkan lagi penceritaan sepanjang episod berlangsung.

Sinopsis Drama Kau Vs Aku

Drama Kau Vs Aku menampilkan barisan pelakon seperti Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Imran Aqil, Mia Sara Shauki, Arena Wan, Atiqah Suhaime, Fimie Don, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Emelda Rosemila, Hafidz Roshdi, Danish Hazriq dan ramai lagi

  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
  • Imran Aqil sebagai Ashraf
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina
  • Arena Wan sebagai Syafiqah
  • Atiqah Suhaime sebagai Hannisya
  • Fimie Don sebagai Luqman
  • Marisa Yasmin Puan Shikin
  • Arash Mohd sebagai Encik Ridhuan
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

⏩ Tonton Drama Kau Vs Aku - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang remaja berumur 16 tahun yang mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis, akan tetapi kehidupannya bertukar apabila seorang ;influencer' Instagram yang dia selalu buli di dalam talian, berpindah ke sekolah yang sama.

Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?

Drama Kau Vs Aku Di Sooka

Drama Kau Vs Aku Di Sooka

Drama Kau Vs Aku Di Sooka

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post