Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

Saksikan drama Kids Nowdays yang akan menemui penonton bermula 15 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Drama 20 episod ini merupakan idea daripada Faizul A Yatnor diterbitkan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ejump Mohd dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan Najwa Shazly.

Sinopsis Drama Kids Nowadays

Drama Kids Nowadays yang menggantikan Ratu Ten Pin 2 : Shalin menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Awie, Wanna Ali, Hasnul Rahmat, Alvin Chong, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Nafiez Zaidi,  Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Harith Daniel, Azhar Amir, Farez Ridzwan, Meor Ahmad dan ramai lagi.

  • Dato' Awie sebagai Jaafar
  • Hasnul Rahmat sebagai Bahar 
  • Alvin Chong sebagai Eddy
  • Wanna Ali sebagai Hanna
  • Wan Sharmila sebagai Najiha
  • Nafiez Zaidi sebagai Nadzwan

⏩ Tonton Drama Kids Nowdays Disini - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Jaafar yang menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun di tentang keras oleh anaknya iaitu Najiha. Namun kerana janjinya kepada bekas isteri, Jaafar tetap mendaftar sebagai mahasiswa tanpa pengetahuan anaknya.

Pada satu hari, Najiha terkejut apabila terserampak dengan ayahnya yang kini belajar di kampus tempat di mengajar. Disebabkan itu, Najiha cuba melakukan sabotaj kepada ayahnya yang kini menjadi pelajar di dalam kelas Najiha.

Jaafar semakin tertekan dengan kerenah Najiha yang sengaja merumitkan perjalanan pembelajarannya, namun mujurlah lecturer, Cik Hanna sentiasa membantu dan memberikan Jaafar semangat untuk meneruskan pembelajaran.

Disebabkan itulah, Eddy terasa semakin tercabar dengan hubungan rapat Jaafar dengan Hanna dan sentiasa memerhatikan mereka yang sepertinya semakin mesra. Adakah itu perangai kids nowdays? Apakah yang terjadi seterusnya?

Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post