Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil Di TV1
Saksikan drama khas sempena Hari Kebangsaan, Pekan Kecil Kampung Terpencil yang akan menemui penonton mulai 22 Ogos sehingga 31 Ogos 2022, pada jam 6.00 petang di slot Widuri di TV1 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Drama 10 episod ini diinspirasikan daripada pantun melayu yang merupakan terbitan bersama Unit Drama TV RTM dan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ianya diarahkan oleh Wan Afzam Wan Daud dengan nukilan skrip daripada Amin Masyhur.
Sinopsis Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil
Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil dibarisi pelakon seperti Fathil Dani, Raja Emma, Bohari Ibrahim, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Sapri, Mubarak Majid, Zulkifli Ismail, Mas Anizan, Che Kem, Bell Ngasri, Noorkhiriah, TJ Isa, Rashid Jaafar, Rosnah Johari, Ziema Din, Wani Kayrie, Yusran Hashim, Ruby Ooi, Wan Din dan ramai lagi.
- Fathil Dani sebagai Tok Ketua
- Raja Ema sebagai Nek Ketua
- Che Kem sebagai Wadud
- Bhari Ibrahim sebagai Mokhtar
- Rosnah Johari sebagai Eton
- Kamarool Hj Yusoff seabgai Toni
- Norkhiriah sebagai Mariam
- Bell Ngasri sebagai Amin J
- Wani Kayrie sebagai Kasih
- Mubarak Majid sebagai Imam Aman
⏩ Tonton Telefilem Pekan Kecil Kampung Terpencil - Link 1 | Link 2
Ianya mengisahkan tentang sebuah perkampungan terpencil yang masyarakatnya di situ sangat harmoni seperti sebuah keluarga besar. Tidak kira bangsa mereka semua saling tolong menolong dan menghormati. Di hari mereka menerima kedatangan kubah bagi masjid kecil mereka (hasil kutipan seluruh penduduk kampung) mereka juga menerima kedatangan seorang wanita, Dara yang dahulunya pernah bekerja disitu.
Seluruh penduduk kampung terarah kepada pemuda bernama Wadud yang mereka semua tahu, pemuda tersebut pernah bercinta dengan wanita tersebut. Kisah epik percintaan antara mereka berdua kini menjadi perbualan disegenap kampung tersebut. Dari kecil hingga ke yang tua masing-masing bercerita tentang kisah cinta epik tersebut. Namun masing-masing masih tidak mendapat jawapan kenapa Wadud dan Dara itu berpisah.
Bibit-bibit konflik mula terbit antara penduduk kampung, apabila masing-masing mempertahankan jawapan tentang perpisahan cinta epik tersebut. Ketua kampung mula menyedari tentang penduduk kampung. Mesyuarat tergempar diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Hinggalah seorang bernama Mokhtar bersuara agar mereka berdua dinikahkan. Cadangan itu diterima oleh semua orang kampung. Pembahagian tugas dilakukan malam itu juga, bagi mengetahui adakah Wadud dan Dara masih ada perasaan cinta tersebut.
Wakil kaum lelaki pergi mendapatkan Wadud untuk mendapat kepastian. Wakil kaum wanita ditugaskan untuk berjumpa dengan Dara. Wadud pada mulanya menolak cadangan perkahwinan tersebut. Tetapi akhirnya setuju setelah dipujuk. Tetapi Wadud diletakkan syarat. Rusa! Ya rusa untuk hidangan perkahwinan itu. Dan tempoh pernikahan perlu diadakan dalam masa 10 hari lagi.
Walaupun permintaan itu agak sukar, pasukan lelaki setuju. Terpaksa. Wakil kaum wanita berjumpa dengan Dara. Tidak sempat bertanya tentang status Dara, Dara mengatakan dia dan anaknya akan duduk disitu berdua sebelum yang lain datang. Jawapan itu disalah erti oleh wakil wanita. Mereka pulang hampa. Sehinggalah ketika mereka keluar dari rumah dan terserempak dengan ‘anak gadis’ Dara, iaitu Kasih.
Kasih terlepas cakap yang mak longnya kena jaga dia disebabkan ibu dan ayahnya masih di Sabah sedang menguruskan perpindahan. Dara akhirnya akur juga dengan desakan. Namun dia juga mengenakan syarat. Majlis perkahwinan perlu diadakan seperti zaman dahulu termasuklah tradisi tol, rewang, joget lambak dan lain-lain.
Persediaan untuk majlis makin hampir, masing-masing mula tertekan. Pelbagai perkara berlaku. Namun semua itu tidak mematahkan semangat mereka sekampung. Masing-masing fokus dengan tugas yang telah diberikan. Penghulu dan isteri dilihat orang paling sibuk.
Hari kelapan Dara dan Kasih tidak kelihatan dirumah. Begitu juga hari kesembilan. Seluruh kampung menjadi cemas dan tertanya-tanya. Mesyuarat tergempar diadakan. Salah menyalah mula berlaku. Mokhtar sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat logik. Mokhtar mengatakan yang Dara lari, seperti dahulu ketika Wadud dan Dara bercinta.
Mokhtar berpendapat yang Dara takut dengan komitmen. Pada mulanya kebanyakkan mereka tidak menerima kenyataan dari Mokhtar. Tetapi melihat yang kesemua anak Mokhtar itu perempuan. Mereka akur, yang Mokhtar mengenali ‘hati, budi dan segalanya tentang perempuan. Wakil lelaki menenangkan Wadud. Risau Wadud kecewa sedangkan Wadud tenang-tenang sahaja dengan situasi tersebut.
Hari kesepuluh, rusa sudah tertambat. Penduduk kampung mula berkumpul di tempat majlis yang dirancang. Penghulu tiba bersama isteri. Pemuzik, pesilat dan penari-penari sudah sampai.
Wadud tiba lengkap berbusana. Seluruh penduduk hanya mampu memandang. Wadud berjalan yakin menuju ke tempat pernikahan yang disediakan. Satu jam lagi untuk menunggu jurunikah sampai. Dara masih tak nampak muka. Akhirnya jurunikah tiba. Masing-masing sudah redha dengan apa yang bakal berlaku.
Tepat jam 10.00 pagi saat-saat mengujakan berlaku. Adakah bakal pengantin perempuan tiba seperti yang dijanjikan? Berjayakah mereka melaksanakan pelbagai adat perkahwinan lama seperi yang dirancang? Ikuti kesudahannya di TV1.
Post a Comment for "Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil Di TV1"
Post a Comment