Drama Tok Guru Di TV2

Drama Tok Guru Di TV2

Sempena Kemerdekaan, RTM bawakan drama khas berjudul Tok Guru yang akan mula menemui penonton pada 31 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 1.30 tengah hari di siaran TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama 13 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi World Evolution Brain Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Jurey Rosli dengan nukilan skrip daripada Zabidi Mohamed.

Sinopsis Drama Tok Guru

Drama Tok Guru menampilkan barisan pelakon seperti Nasir Bilal Khan, Wafarina Roslan, Lan Siro, Kamarool Yusoff, Nik Ramly, Z Zamree, Saiful Wazlan, Johan Asa'ari, Ismail Yaacob, Shyrim, Hilal Azman, Geoff Andre Feyaerts, Fathul Faiz dan ramai lagi.

  • Nasir Bilal Khan sebagai Tok Guru Nik Ahmad
  • Wafarina Roslan sebagai Nik Naimah
  • Lan Siro sebagai Nik Mahadi
  • Kamarool Yusoff sebagai Tok Guru Ismail
  • Z Zamree sebagai Che Mat
  • Saiful Wazien sebagai Hussin

⏩ Tonton Drama Tok Guru - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang seorang Tok Guru pondok di Kelantan (zaman 40-an) cuba memperkenalkan subjek matematik dan geografi dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain.

Tok Guru di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. Tok Guru mempunyai seorang anak lelaki Umar yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola.

Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok Tok Guru. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan Tok Guru menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan.

Satu hari seorang lelaki Mr Richard berbangsa inggeris merupakan seorang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok Tok Guru ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola.

Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid Tok Guru untuk berlawan bolasepak dengan pelajarnya.

Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak sekolahnya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak Victoria Intitution ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England.

Tok Guru bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan lawan itu.

Tok Guru sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan sekolah itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union.

Tok Guru mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union. Akhirnya usaha beliau berjaya dan meningkatkan pendidikan masyarakat Melayu.

Drama Tok Guru Di TV2

Drama Tok Guru Di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post